Tuesday, March 16, 2021

Dah MAC 2021~!!!!

OMG

Lamanya tak post any entry dekat blog ni.

Too busy with life =.= 

Hahahaha

Anak-anak dah membesar

Aaqil 7 years dah start sekolah 
Adeeb 5 years
Aiisyah 3 years
Both husband and wife busy keje 🙆

Yaaaa...












Sunday, December 09, 2018

Apa perlu buat bila anak SPEECH DELAY - Part 3




Assalamualaikum..hai semua..

Ui.. nak hampir setahun baru nak update Part 3.

Hahaha..bz nau mak sekarang ni 👊👊

Selain masalah telinga Aaqil, therapist jugak kata Aaqil kurang simulation / orang ajar / kurang berbual. YES, masa ni Aaqil addicted gila dengan handphone/Tab.. its my fault.. nak senang keje nak bagi dia diam hulur tab/handphone sampai dia hanyut dalam dunia dia sendiri.main sorang-sorang...SORRY Aaqil.

~~~~~~~~~~~~~ to be continued~~~~~~~~~~~~`

Ni last haritu..meh kite sambung untuk saya sebagai Ibu kepada Aaqil mengingati setiap detik detik membesarkan anak-anak ni.. Lain anak lain ceritanya.👯

Appointment Aaqil di Hospital Sungai Buloh bersama Pn. Azlina setiap 3 bulan. Basically setiap kali appointment itu, therapist akan ajar parent teknik-teknik untuk membantu anak-anak untuk bercakap.

Yela, untuk appoinment 3 bulan sekali, setiap sesi 45 min itu apelah sangat yang dapat diajar. Main je yang lebih. Balik rumah nanti parent kene sambung dekat rumah.

Saya ingat lagi masa 1st session, we cant do anything. Aaqil tantrum sebab baru amek darah untuk check Hypothyroid dia, so session tu burn macam tu je.  As a working mom, i will combine all appointment in 1 day due to tak cukup cuti ( i think this is mother's global problem). So on the same day Aaqil will have 2 or 3 different appointment which is paed, ENT and speech therapist session. To minimize waiting time, the schedule would be amek darah dulu, sementara tunggu result darah dan review from doc so lari ke ENT dept for ENT and speech session. Lagi out mood Aaqil bile kene korek telinga..hahahaha

Tu belum cerita bab masa menunggu  untuk registration semata-mata. kalau nasib baik adela sengah jam tunggu untuk nombor giliran dipanggil. Nasib tak berapa baik penah 2 hours kot tunggu untuk registration je. Macam mane merayu pi kat specialist clinic pon (sebab appointment dah patut start tapi still tak daftar lagi) diorang tak boleh buat ape sebab name takde dalam sistem, takde nombor.

Hahaha.. selalu hilang sabar kat sini. Rase nak bagi cadangan registration patut kat own clinics je takperlu combine all clinics register 1 tempat yang kadang-kadang 2 je kaunter bukak. worst case 1 counter je bukak. and of course the priority goes to the elders and baby below 1 year je.

Eh panjang pulak bebel part registration. Hahaha..

Masa 1st session burn begitu sahaja. But the therapist did observe Aaqil sepanjang dia nangis tu. Aaqil have a good eye contact.

Masa awal-awal tu.. since tengok Aaqil do have eye contact, so Pn Azlin kate maybe the most issue ni lack of simulation. Mak Ayah jarang borak borak dengan dia or maybe addicted of gadget?

Deng.. yes.. ni la 1 of the reason. Aaqil memang time ni tak boleh tengok handphone or tablet confirm taknak lepas punya. Our bad. siap ade 1 tablet khas untuk aaqil main..

Next, Pn Azlin tanye sekarang Aaqil duduk dengan siapa waktu siang? Nursery? Yup..
Nursery tu ade aktiviti ape? ke makan tidur makan tidur..the answer is yes.. makan tidur makan tidur.
So Pn Azlin cadangkan untuk cari tadika yang playschool so that Aaqil boleh belajar berinteraksi banyak bila ada banyak aktiviti kat sekolah instead of makan tidur makan tidur.

Bermulalah kami cari tadika lain untuk Aaqil next year and Alhamdulillah Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Allah permudahkan urusan cari sekolah untuk Aaqil. Kebetulan ade tadika baru bukak dekat sangat dengan rumah dan accept budak 3 years old. most of the playschool start dari 4 years.  And result dia Alhamdulillah..Aaqil dah start pandai berkomunikasi. Ada improvement.
Walaupon kadang-kadang nampak gambar from tadika kawan2 tengah buat benda lain dia terceruk hujung main mainan.haha..Lama-lama dia involve in every activity but still tak reti nak bercerita balik kat kite la kan..

Sempat 4 kali je appointment with Pn Azlin. 26/12/17 Pn Azlin kate boleh discharge dah..Parent kene continue ajar dia kat umah je..











Masa last appoinment tu, Pn Azlin ada bagitahu nanti ada majlis graduasi untuk student yang dah discharge from Speech Theraphy.

Almost setahun kemudian, 10 November 2018.. majlis yang dijanjikan.. Abah tak dapat join sebab keje...

Aaqil dan Pn Azlin

Naik pentas :)

Alhamdulillah..Alhamdulillah...Aaqil makin hari makin improve. sekarang dah boleh cerita balik pass event.. dah potty train...ada la terbabas lagi sesekali. slowly and surely insyaAllah..



Banyak nak cerita sebenarnye tapi nanti la kita edit balik ke this post...haha.lama sangat peram kat dalam draft entry.

Till then.. Semoga cerita ni ada manfaat untuk parent kat luar sana yang clueless kadang-kadang why anak tak ikut perkembangan yang sepatutnye.




Tuesday, June 26, 2018

Selamat Hari Raya 2018





Assalamualaikum...


Walaupon dah abes seminggu beraya, namun rasenye belum terlambat kan nak wish 

SELAMAT HARI RAYA

Semoga dihari lebaran yang mulia ini dapat mengeratkan lagi silaturahim antara kita semua..
baik keluarga, kawan-kawan mahupon jiran tetangga.

Beraya di Kg Melayu Majidee Johor Baharu
 Beraya di Kajang!

Again!


Selamat Hari Raya semua 🙆

Wednesday, March 21, 2018

Puding Roti Sos Kastard super MUDAH dan SEDAP!

Assalamualaikum...


Hai semua :)

Sapa ada perangai beli sebuku roti pastu tak makan-makan or lupe nak makan until the expired date come closerrrrrrr. Hahaha..its me! 😎

Bile dah jadi lagu tu takkan kite nak membazir biarkan roti tu expired or makan banyak banyak roti tu? Hahahahahahaha

Penyelesaian dia ialah.....PUDING ROTI SOS KASTARD SUPER SEDAP! haha


Saya ada masalah dimana setiap kali nak buat setiap kali tu la google resepi. Hahaha..(selalu kene marah dengan husband, he even asked me to print and bukukan resepi yang biasa pakai tu so that i will used the same recipe every time.. takdela harini buat rase ni esok buat rase eh tak same macam haritu..kehkehkeh)


So untuk menyelesaikan masalah itu, marilah kite tepek sini resepi yang super mudah dan confirm sedap dari #cikepal ni. Senang nak refer lepas ni pi blog sendiri je...


RESEPI PUDING ROTI SOS KASTARD


Bahan bahan untuk puding roti

13 keping roti (1 bungkus roti)
1 kotak kecil kismis ( selalunya ni takde kat rumah so selalu change to chocolate chips 💕)
*3 cawan fresh milk (this also always run out of stock, so change to susu Aaqil or Adeeb. HAHAHA.. please dont tell my husband nor my officemate that I used this 😝)
*4 sudu besar gula
*2 sudu besar mentega
*2 biji telur
*1 sudu teh esen vanilla


Cara-cara membuatnye:-
 senang je if pakai resepi ni..

1. Campurkan semua bahan-bahan yang bertanda * di atas (fresh milk, gula,mentega, telur & esen vanilla) dalam bekas. Kacau pakai whisk.
2. Koyakkan roti dan masukkan dalam bekas tadi dan rendam sebentar. Boleh tekan-tekan bg sume roti tu meresap bahan-bahan dalam bekas tu.
3. Tabur kismis kat atas.
4. Bakar dalam oven dengan suhu 200deg selama 50min api atas bawah.
Ouh jangan lupa panaskan oven dulu before (suhu 200 deg selama 30min.. part ni yang sokmo lupe dan menyebabkan masa anda terbazir begitu sahaja...hahahaha..demn!)

Bahan untuk sos kastard

1 tin susu cair
3/4 cawan air
2 sudu besar tepung kastard
2 sudu besar gula

Cara-cara membuatnye..

1. Campurkan semua bahan-bahan dalam periuk.
2. Masak dengan api perlahan dan sentiasa kacau sampai pekat.

Lepas tu SIAP!

TADA!!




Baru buat semalam.. and yes pakai susu Aaqil 😆 dan officemate kate sedap! hahaha...please dont tell them..


Tuesday, August 08, 2017

Apa perlu buat bila anak SPEECH DELAY - Part 2

Selamat hari raya!

Hahaha..lamanye tak update blog..

Meh sambung pasal Speech Delay ni.

Aaqil memang ade follow up dengan Paed Hospital Sungai Buloh every 3 month utk check TFT dia.
So..masa 2 yrs bagitahu doctor, words Aaqil less than 50 words. Still tak panggil ibu / abah lagi.

Cousin-cousin Aaqil yang sebaya 2-2 dah petah bercakap. NO, I am not comparing Aaqil tapi kita as parents kene tahu jugak milestone perkembangan budak2 ni..supaya kita tidak terlambat untuk membantu dia sekiranya anak-anak kita ada masalah.

Paed suggest untuk refer to ENT untuk speech theraphy sessions. Pada mulanya saya cakap maybe Aaqil a bit slow tapi nanti dia develop kot skill bercakap tu..(in a way nak skip appoinment with therapist, either saya in denial or tak cukup cuti untuk tambah appoinment lagi kat spital Sg Buloh ni.. dan inilah dilema ibu ibu bekerja..Sobs..sobs..). TAPI doctor tak bagi, katanya kalau tunggu sampai 3yrs old baru nk start theraphy session takut its too late.

Bila start appointment with ENT, dapat 2 appointment 1 dengan speech theraphy, 1 dengan doctor untuk check telinga.

Bila masuk klinik ENT nampak 1 poster tu. Tulis lebih kurang macam ni la..

' Anak anda speech delay? Adakah kerana dia tidak mendengar? Lakukan pemeriksaan telinga anak anda sekarang!'

And....guess what... YES!!!! Aaqil problem ialah taik telinga dia PENUH!!!! Ya Allah.. ibu tak tahu..
Saya ada dengar dekat radio IKIM rancangan dengan doctor pakar ENT. Dan saranan beliau supaya ibu bapa tidak pandai-pandai korek telinga anak kecik.. Telinga ada system auto buang taik telinga sendiri..so lepas dengar tu saya mmg bersihkan luar2 telinga je la...and doctors kat ENT pon memang agreed dengan statement NO KOREK TELINGA anak...siap haramkan cotton buds lagi..

Doctor terangkan yang ada 2 type of orang.. 1st yang jenis taik telinga akan jadi mcm serbuk tu dan keluar sendiri masa kite mandi ke..masa tidur ke.. dan 2nd is like Aaqil type.. taik telinga keras kat dalam.. huhu....2 kali jugak doctor kat ENT tolong buangkan taik telinga Aaqil. dan 2 kali tu la..horror gila.... dalam 5 orang duk pengang dia...super kuat Aaqil ngamuk orang nk korek telinga dia.. haha..sampai masa 1 time tu siap luka lagi.. Haihla anak..

***sorry cite pasal taik telinga pulak***

Settle masalah telinga, Aaqil still kene jumpa speech therapist.

Selain masalah telinga Aaqil, therapist jugak kata Aaqil kurang simulation / orang ajar / kurang berbual. YES, masa ni Aaqil addicted gila dengan handphone/Tab.. its my fault.. nak senang keje nak bagi dia diam hulur tab/handphone sampai dia hanyut dalam dunia dia sendiri.main sorang-sorang...SORRY Aaqil.

~~~~~~~~~~~~~ to be continued~~~~~~~~~~~~`




Sunday, June 25, 2017

.::: Selamat Hari Raya 2017 :::.






Eh..dah terlambat nak post pasal raya. hahaha.. backdated tarikh je la... :D


Tuesday, February 28, 2017

Apa perlu buat bile anak SPEECH DELAY?

Assalamualaikum and a very good morning..

Hai kawan-kawan (versi aaqil and friend :D). Hahaha..

Harini kite nak cite pasal parentingla ek. Hehehe

Since jadi ibu ni hidup memang agak hectic, fast and furious sikit.Still learning and keep learning :D

Betullah kate orang, anak pertama sangatla mengajar ibu bapa itu sendiri. anak pertama kita la yang jadi bahan eksperimen untuk kite menjadi ibu bapa.. Semua yang pertama kali itu semuanya melibatkan anak yang pertama tu la..

Saya banyak sangat belajar dan masih belajar lagi untuk menjadi ibu yang sempurna untuk anak anak.

Parent should not compare their children with others, but parent itself should know/ should have the knowledge of parenting, children grow up milestone. Masa bersalin kan ade dapat buku baby tu..haha..situ byk info on children development milestone.

Untuk speech..ni contohnya


So untuk case Aaqil, bila genap 2yrs dia punya vocab still less than 10words,  saya start risau..kenapa ni..

..........to be continued....


 




Saturday, February 25, 2017

Its Abah Birthday!

Dear Aaqil and Adeeb

As today is your Abah birthday, lets out and celebrate it! (Part ni ibu paling suka sebab tayah masak dan jalan-jalan. Hahaha)

I always looking for a reason to bring our 2 cute babies for an outing. And when it's come to birthday, Boom! Cecepat siapkan bebudak ni. Hahaha
Nowadays, the birthday celebration is just pi makan-makan..
DAN!
pi playground!

Hahahaha...
Ape-apela ye nak. janji kamu happy ye dak?

Dear En.suami, 

Lets grow old together,
Hand and hand, you and me.
Sharing life's great moments,
Keeping each other company.
Living, loving, laughing,
Smelling roses as we go.
Even when our eyesight dims,
And the steps we take are slow.
And no matter where life leads us,
Remember, this is true.
Today, tomorrow...forever,
I always will love you.
 


 




Monday, January 09, 2017

New Year New Age. Its 2 3 :)


Assalamualaikum and Good Morning!

1st entry tahun ni...
terlajak tidur takdak orang kejut hujung November 💆💆💆
Haha

Alhamdulillah, syukur kepada Allah masih dikurniakan kesihatan, rezeki, kebahagiaan dan segala nikmat-nikmat Allah yang tak terhitung.

Macam biasala, masuk je new year, umur hakak pon bertambah dik!
Seiring dengan penambahan lebar dan berat badan jugak!
Haahaha. So sad.

At this age, i just want to be happy with my family! 👪
 and

This is how we celebrate ibu birthday...
our quality time together 




till then.. entahla bile pulak angin kencang timur laut yang akan buat hakak update lagi blog ni.

Haha. bye :D






Wednesday, November 30, 2016

Wake Me Up When November END...

Wake Up Wake up...

Abeh bulan November dah ni..

satu habuk entry pon takdak lagi. hahahahahaaha

 Kite recycle post IG aci dok?

Kahkahkah!

Makin tua makin takde idea nak berblog...SO SAD..


Akhir kate.. nah tepek gamba anak seketul. haha

Abang aaqil kate JOM PI HOLIDAY IBU!


Friday, July 15, 2016

Raya 2016

SELAMAT HARI RAYA UOLSSS!!


  Dari Kami  .:: Luk :: Lin :: Aaqil :: Adeeb ::.

- Enchik Luk tiada dalam gambo- bekerja dihari raya..sobsob...

Thursday, June 23, 2016

2nd little khalifah :D

Assalamualaikum...

Alhamdulillah..maternity leave dah abes. Dah mula bekerja kembali..
Jadi..blog pon berjalan kembali la.. hehe

Sekejap je masa berlalu.. Anak kedua ibu ni dah 2bulan pon  :D

Alhamdulillah..Alhamdulillah..

Saya selamat melahirkan anak kedua pada  8.15pm, 18 April 2016 yang lalu.
Segalanya dipermudahkan oleh Allah.. Alhamdulillah syukur Ya Allah..

Pengalaman melahirkan anak kedua kali ini sangat berbeza jika dibandingkan masa Aaqil dulu.
Pada mulanya.. masa week37, Doctor Siti suggest untuk amek elective czer bila scan baby kelihatan besar dan jalan agak sempit. Disebabkan anak pertama dulu pon czer, jadi saya setuju sahaja. Pada saya, doctor lebih arif. Walaupon memang nak mencuba untuk bersalin normal kalini. Pasrah je la bila doctor kate macam susah je.  :D

Disebabkan boleh pilih tarikh, kami pilih 19 April tarikh untuk melahirkan adik Aaqil. Nak sama tarikh "19" dengan abang gitu. Hahaha.

Kita merancang, Allah turut merancang, dan perancangan Allah lah yang sebaik-baiknya. Hari jumaat, sabtu dan ahad, saya dan encik hubby busy mengemas barang dan pindah rumah.. Abang Aaqil pon kite export pi umah maklong dia suruh jaga :D. Kemas-kemas jugak tapi yang banyak buat keje ialah encik hubby sebenarnye sebab jalan sikit kite rase contraction..agak kuat dan kerap tapi tak consistent, so anggap Braxton Hick saje.. bila rasa contraction je rehat...rehat je maksudnye contraction la tu.. Hahaha... sudahnya.. berkat kerajinan itu.. Bangun pagi 18 April tu tengok ade bleeding...  Hah! time ni terus menggelupur takut jadi ape-ape kat baby.

Siapkan abang Aaqil hantar ke nursery, dan bergerak ke hospital Salam untuk serah diri. Hehe. Daftar dan kene tahan wad.. nurse check kul 10am, jalan dah bukak 1cm.. Kul 11 Doctor Siti datang dan check..1cm lagi..Doctor bagi choice samada nak teruskan elective czer or bersalin normal. Huh..terkejut kami suami isteri, haritu advise suruh czer ni bagi pilihan lak... Hahaha.. Cuak mak masa tu.,terus mintak masa untuk bincang dulu..

Bincang punye bincang, siap call Kak Mas lagi tanye pendapat dia.. memula nak czer jugak sebab dah set mind dari lastweek kene czer..tak ready langsung untuk lahirkan normal. Hahaha.. kami amek masa 1 jam jugakla untuk buat keputusan. 10 kali nurse datang tanye dah decide? Kikikiki.
Encik Hubby tengok saya...lepas tu relax je dia kate..cubela normal ye..haha..senang je dia cakap. tatau kite gelabah tenuk dah ni.. Hahaha.

Alhamdulillah kami membuat pilihan yang tepat untuk mencuba melahirkan baby secara normal. Doctor Siti nak pecahkan air ketuban lepas tu.. tapi tanya kite.. awak nak as natural as u can? saya jawab ye.. tak jadi dia nak pecahkan air ketuban tu.. nak biar pecah sendiri. Lepas tu saya masuk bilik dan sibuk berjalan kesana kesini sebab nak bagi bukaan cepat kononnye. Lesson learn dari masa Abg Aaqil dulu.. hahaha.. dulu pi baring je sampai sudah...sudahnye 12jam pon still 4cm. hahah..siap makan nak bagi tenaga nak meneran. Kikiki.. tak banyak pon makan sebab tak selera dah..jiwa dah start kacau gitu. Haha.

Pukul 5 petang nurse ajak pi labour room sebab bukaan dah 6cm. Masa kat bilik ok je, masuk je labour room terus kecut perut, sakit perut suma ade. Komplen labour room panas, nurse turunkan suhu.sejuk pulak. haha.. Time ni kalau boleh memang takmo encik hubby pi memana ..takut dia kuar je anak pon terkeluar..Kikiki.. Sakit contraction tu... tak yah cakapla..takleh nak imagine. tak terjangkau dik akal sakitnya.. Bila datang rase nak meneran je panggil nurse.. Nurse kate belum lagi, suruh tahan. huhuhu..camne nak tahan? siap tanye tu. hahahaha.. so blur mommy.. nurse suruh bila rasa nak meneran since belum masanya nak meneran..sila tarik nafas.. I was like... WHAT?????? tu je nasihat dia.. dah rase nak terberak ni.. biar betul tarik nafas je cara dia..

Agak failed jugak untuk menahan rasa nak meneran menyebabkan pintu rahim jadi tebal. Kene bising dengan nurse..hehehehe. Doctor datang dan tolong bukakkan jalan.. Dalam pukul 8 Doctor suruh teran. Errrr... tetibe tadi yang tak sabo nak meneran jadi tak reti.. kahkahkah..Betul, setiap kali dalam labour room saya akan jadi manusia paling blur.. maapla..


Alhamdulillah.. 15min later...teran tak tau kali keberape ntah..rase dah nak putus nafas dah.. lahirkan our 2nd cute little baby. Adeeb...

Sumpah.. kalau diberi rezeki lagi...akan pilih normal. masa nak meneran tu je hazabedah... lepas tu..kau boleh berlari nok! hahaha..Bukan tu je..duit pon jimat.. satu sen pon tayah bayar. hahaha.

Dulu masa lepas bersalinkan Aaqil, czer kan... memang lemah.. lepas 2minggu baru okay sikit..
Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah kerana memudahkan segalanya..

Okay..dah penat bebel. Nah gambo adik Adeeb setepek.












Wednesday, April 06, 2016

24 Days TO GO!

Wihuuu..

Taktau nak teruja ke nak cuak ke ape...

Lagi less than 1 month...another little khalifah will join us in this world...

Dah ready ke...ntah..

Honestly, preparation less to compare masa Abg Aaqil dulu..
Bukan sebab less excited, its just...sebab banyak barang abg Aaqil boleh pakai balik.
Hehe..

Beginilah nasib anak kedua..

Don't worry baby..ibu and abah also 2nd children..

Jadi.. kite serupa... hahahaha..


Lagi dekat due date, lagi menjadi jadi manja abg Aaqil..
Nangis for no reason.. or people call it Trantum?

Ouh...sometimes macam giveup nak handle..
Tapi bila biar je abg Aaqil nangis sorang-sorang kasihan pulak..
Pujukla jugak si bujang sorang tu..

Kekadang makin di pujuk makin kuat nangisnya..

Huaaaa...

Sudahnye ibu dia yang nangis sekali..

Kahkahkah...


Hopefully everything will go smooth...
Semoga dipermudahkan segalanya untuk kalini..
2nd time but feels like macam 1st time balik..
Macam tatau ape-ape.Haha..




Abang Aaqil fresh from oven :D




Saturday, March 19, 2016

Udang Masak Lemak Cili Padi ala NOGORI :)

Aha..
Last 2 weeks, suruh encik suami belikan udang kat pasar. Biasanya udang ni stock untuk buat udang celup tepung bile nak cepat masak dan malas.. haha...

Tapi..biasanya encik suami beli udang sederhana beso je.. kalini dia beli udang galahla....beso!
Wow..

Terus tukar menu lunch haritu..Udang Masak Lemak Cili Padi ala N9 :D. Senang uolss... tayah pakai bawang pon!


Meh kite tepek resepi pulak kat sini pulak...pasni senang nak refer..google kat blog sendiri je..kehkeh.. haritu masak refer resepi kat blog Azie Kitchen.

Jadi kite copy paste la ye resepi dan cara masak..

Udang Masak Lemak Cili Padi 

Bahan-bahan
6 cili padi kampung
1 1/2 inci kunyit hidup
2 batang serai - ketuk
Garam secukupnya
Santan

Cara Memasak

1. Kisar cili padi dengan kunyit hidup sehingga halus dengan sedikit santan.
2. Masukkan bahan kisar, santan, serai dalam periuk. Masak di atas api perlahan dan selalu dikacau supaya tidak pecah santan.
3. Masukkan udang dan garam. Kalau nak tambah sayur pon boleh. Masak kejap dan rasa. Kalau dah ok bolehla tutup api..

Bolehla dihidangkan dengan nasi panas-panas..
Meletop-letop you.. hahahaha
Encik suami bertambah-tambah nasi! yeay~

gambo hiasan dari google image..








Thursday, March 17, 2016

Installation of Wardrobe kat master bedroom


Hello...

Meh sambung cerita renovation umah baru....

Untuk wardrobe dan wet kitchen (rumah ni dah ade dry kitchen dan cabinet segala), encik suami aka abah Aaqil dapat 2 quotation..

Dari Anjung Enterior & SE HOME PRO...

Diorang dating umah, buat measurement, design dan bagi quotation..

Dari 2 quotation ni kitorang pilih Anjung Enterior sebab.. cost wise...hehehe. murah sikit..zaman-zaman ekonomi tak berape nak stable ni kene sedar diri la ye...

Bile confirm je dengan contractor .. lepas bayor deposit 50%... confirmkan design, material dan lain-lain...diorang amek masa 2-3 weeks untuk buat c/w install..

Installation kejap je.. sehari ke dah siap.. sebab kecik je kot..

Kat bawah ni la gobok baru saya. Miahahaaha...pasni kalau tak cukup jugak nak sumbat baju-baju tu ntahla... kite bakor je..haha

So far puas hati dengan keje diorang ni.. kemas...Harga wardrobe ni.. size 7'x2'x9', material melamin dengan siap pasang cermin gabak separuh pintu... RM2100... Murahkan????????

Okayla...dulu dah survey kat ikea..almost the same size and design.. semuanya rm3k above... so okla kot...

Yang ni la kot yang berkenan kat ikea dulu..





Kalo tak ok pon kene ok jugak sebab dah pasang.. Hahahaha..



Keje -keje pemasangan sedang dijalankan



Laci kat atas tu buat soft closing



Tinggal  nak pasang sliding door


Tada...dah siapppp :)


Muke ade senyum..tak sabar nak sumbat baju-baju dalam ni..kalau tak muat sebelah tu...kite conquer la sebelah lagi..hahahha

Sape nak contact number contractor meh pm kite..  :D

Wednesday, March 09, 2016

Our New Houseeeeee ....

Assalamualaikum..

Hai semua.. (Sape sume tu? ahaks..!)

Alhamdulillah..Allah murahkan rezeki kami untuk memiliki rumah lagi..
Yang lebih selesa untuk kami sekeluarga...

Umah kecik je..bolehla untuk Aaqil n future adik main lari-lari sikit nanti.

Dah lama dapat kunci sebenarnya... November last year...but..well.. dengan kesibukan masing-masing..itu la tu..


Plan nak masuk bulan 2...tunda bulan 4 before bersalin kononnya...now....heard that we have new target...after confinement kot baru boleh pindah..sebab....sekarang dah bulan 3...tak sempat uoll..Hahahaha..

Very slow progress..

Baru pasang wet kitchen dan wardrobe je.. yang lain sume as per yang kitorang dapat kunci haritu..
Haha..

Very the busy.. Abah Aaqil asyik ade training memanjang.. abes training teman ibu pi site pulak..
Dengan perut memboyot ni..

Sadis.

So far semalam tengok our new wet kitchen.. tak complete lagila...table top, cooker hood tak pasang lagi. ahaha...bolehla...

Tapi rasa sangat okay untuk wardrobe kat master bedroom.. semoga cukupla nak sumbat suma baju pasni.. hahahaha...

Price wise is okay... siap contractor bagi direct contact dengan kilang untuk table top..
kehkehkeh....TQ TQ..


Will update here later in detail..semalam tak amek gambo.. sibuk kejo abang Aaqil berlari sana sini..

Tuesday, March 08, 2016

#32weeks...another 8 weeks to go...

Assalamualaikum and good morning..

Morning lagi kan.. :D

Kesian dengan blog ni..sangat terabai.hahaha.. meh lap lap sikit sawang-sawang..

Life agak hectic masa ni.. sibuk dengan kerja...sibuk dengan family..jadi itulah alasan yang konon sangat munasabah untuk kembali mengabaikan blog ItU aKu!  ni.. hahaha.. sorry blog...u dah jadi 2nd ke 3rd ke 4th priority dalam hidup ai.. hukhuk..

Kerja tak berapa baru ni sokmo na kene pi attend meeting kat site.. paling koman sebulan sekali kene pi... dapat je email mulalah berdebar-debar..risau camna nak bawak anak lagi..haih.. nasibla..untung nasib..hubby ade so can accompany me to site.sambil jage anak...nasib tak berape untung kite cube ngelat dulu...kalau tak boleh ngelat baru kite cube talian hayat ke2,3 dan seterusnya..hahaha

Please please..saya perlukan kerja yang tidak memerlukan saya untuk outstation..kehkeh..zaman itu sudah berlalu..

Okay..back to the headline...tajuk entry..

Sedar tak sedar... baby in womb now dah masuk #32weeks.. insyaAllah tak lama dah tu.

Yeah! Adik Aaqil dah nak menjengah ke bumi yang fana ini...hihi

Ouh my.. Aaqil dah nak jadi abang la..hahahaha...kemain manja lagi Aaqil sejak-sejak nak jadi abang ni..jiwa sensitive gitu...haih..layankan je la..


Rasa bercampur baur..bila pinggang ni sakit..mulalah rase..cepatla keluar...bila pikir balik..eh..camnelah tunggang langgang nanti bile kene jage 2 kenit ni sorang-sorang..
arrhhh..hahaha...dilemma ibu ibu yang selalu kene tinggal dek bapak2..hahahaha

Mohon doakan semuanya dipermudahkan..


Big Brother Aaqil







Friday, January 08, 2016

7 Januari 1984 - 7 Januari 2016


Hellooo

Hah..cube kire bape tahun dah tu based on tajuk entry ni?


Hahaha..

Semalam... genaplah 32tahun saya hidup kat muka bumi Allah ni..
Banyak sangat nikmat hidup yang Allah dah bagi
Banyak juga dugaan yang dah ditempuhi..tapi Alhamdulillah setakat ni masih bearable lagi dugaannya.

Semalam....sempena panjangnye umur setahun lagi si ibu Aaqil ni..
Allah nak uji....anak pulak tak sihat..
Allah nak uji la tu... supaya beringat..
Nikmat sihat ni Allah boleh tarik bila-bila masa sahaja

Jadi

Sempena ulang tahun kelahiran ibu Aaqil tahun ni.
Apa yang saya harapkan ialah...
Anak kembali sihat dan ceria seperti selalu
Ya Allah..kembalikan la nikmat sihat kepada anakku

Sedih bila tengok anak tak larat.
Makan tak lalu..
Nak berdukung je..

Tu je yang saya nak sekarang ni..

ala cian anak ibu..moncong je bile tak sihat..



Wednesday, January 06, 2016

Lubuk Emas Murah!

Sebagai menyahut cabaran pak menteri kite untuk #jimatcermat, #2kerja, #bangunawal dan banyak lagi saranan saranan yang bagus untuk kita ikuti..

Maka dengan ini... saya dengan rasminya..ingin memperkenalkan kepada anda semua..

My Power Gold Agent.................... a.k.a Encik Suami a.k.a abah Aaqil :)

Lame dah encik suami jadi agent Power Gold ni..

Niatnya ialah untuk membuat simpanan masa hadapan.....own saving #kempen1g1bulan...dan pada masa yang sama sekiranya tuan-tuan dan puan-puan inginkan keterangan yang lanjut... bolehlah menghubungi beliau..link seperti dibawah..ade complete agent info :)

Agak-agak segan nak contact encik suami saya... contact saya pon boleh :p

 
MOHD LUKMAN BIN ABDUL WAHAB
0162980002
look4luke@gmail.com


 






Tuesday, January 05, 2016

2016: Sambut New Year di Melaka?

Assalamualaikum...

Hai semua...



H.A.P.P.Y.        .N.E.W.       .Y.E.A.R.

2016
 
Cepatkan masa berlalu.. tup tup 2015 dah meninggalkan kita..dan ade bape ciput je entry masa 2015.. keh3.. teruk betul
 
 
Masa new year haritu...which is last weekend.. kami mak pak Aaqil bawakla si anak ni berjalan.. kasihan die asyik duduk rumah je.. ade masa terluang bolehla bawak jenjalan..
sementara masih larat nak jalan. heheh
 
 
Tak pi jauh pon... pi Melaka je..
 
 
As usual la.. abah Aaqil will ask me to prepare complete itinerary untuk ke sane..
Nak duduk mana, nak jenjalan kt mane.. nak makan mana.... sume siap... Mr. Google kan ade.. hehehe
 
 
But unfortunately... most of our plan tak jadi..
 
 
Hahaha.. banyak nau makhluk tuhan kat Melaka ni...sume tempat crowded beb..
 
Start from check-in Hotel on Friday.... bayangkan kite kene queue more than 1 hour.
Bile sampai turn kite..boleh pulak kate bilik tak ready lagi.. yang ade cume double single bed but upgrade room yang ade bathtub.. hailah hotel... mengenangkan kaki dah kebas dan malas nak argue pepanjang.. amek jela yang dia offer tu...abah aaqil cegil mate kate nape tak berkeras nak katil beso.haha..mak tak larat..............time check in ni.. ade jugak miss miss tourism check in sekali... ni kot penyebab proses check-in lembap yg amat...stress mak.
 
Masuk bilik dah lambat..solat sume.. kuar cari makan...Hotel swiss garden ni dia sekali dengan shopping complex actually.. sebabkan dah lemau..and nak balik hotel cepat untuk bagi aaqil main pool..so makan kt shopping complex tu je la... kikiki..setakat nk makan nandos key ell pon ade... masing-masing makan dengan lahapnye...(its our lunch plus dinner).. hihi

 
Ni part yang Aaqil tunggu tunggu... tak menyempat die nak main kat swimming pool..
Okla swimming pool hotel ni.. ade indoor pool and outdoor pool. kitorang main kat outdoor pool..seronok si kenit tu main air.. sejuk kemain lagi air pool ni..gigil gigil kitorang...Cukup time... dalam nak kul 7 camtu..kitorang pon naikla...kecut abes sume. sejuk kemain.
 
Malam tu ajak abah aaqil pi jonker street yang glamour tu.. dekat je dengan hotel..
But.. macam tak best je.. tak tau ape yang bestnye sampai ramai nau makhluk tuhan.. mostly peniaga dia Chinese.. yg Nampak rare pon ialah ramai beli air tembikai yang terus sedut dari  tembikai je terus...tayah tuang kat cawan..diorg blend kt situ je.. nak beli aiskrim gulung terlalu ramai.. dah dah.balik je la.. hahaha.. Aaqil pon dah tertido..marilah kite beli makanan kat gerai dekat dengan hotel lalu pulang..
 
Sabtu
 
Kan kengkonon dah study dah mane nak makan kat Melaka tu.. study punye study terlalu ramai yang share pasal 'mee bodo' kat ujong pasir.. maka kami pon mencubalah nasib tapi nasib tak berapa menyebelahi kami. hahahaha..mak ai... tempat duduk full , orang tengah beratur panjang.............oh mai...lupekan lupekan... kalau kami berdua je mungkinla kan nak try jugak..dengan si lasak ni...big NO NO NO.. hahaha.. ami meneruskan perjalanan sampai ke pantai klebang.. nah amek makan nasi lemak telur mate dengan teh tarik je kat sane.. duk makan diam diam.. hahahaha..kasihan..
 
Balik dari breakfast, almost 11 plus... singgahla the FAMOUS Coconut Shake Klebang Original punyeeeeeeeee.... masa otw pi Klebang diorg tengah set up kedaai...otw balik dah berjujuk orang beratur.. ah tak kire.. nak jugak..hihi...sebabkan alang-alang beratur panjang.... mari kite tapau 3 coconut shake terus.. hahaha..amek kau...
 
Lepas tu kite jenjalan kat Bandar hilir. sebenarnye nak pi Coral Wonderland Melaka gitu... dahla nak parking payah... pusing pusing.. last2 parking jauh... masuk-masuk dataran pahlawan... diorang cakap dah TUTUP la..kah3... so not up todate la ibu punye itinerary... sorry Aaqil.. I really taught this will make you enjoy much...
 
Kerana kecewa.. marilah kite pusing-pusing Bandar hilir... jalan-jalan sampai ke Menara Jam.. nak beli tshirt untuk Aaqil.. kain nipis je... suar pendek..RM35.. gulp.. tayahla Aaqil.. hahaha..
 
Cendol Jam Besar pon tade..hey... mane uolss ni... jalan-jalan... penat pulak...meh kite naik beca...
Pakcik beca acah-acah bawak round sikit, pi A famosa.. tunjuk pokok Melaka..., tunjuk Museum Kapal dengan Museum TLDM sambil beca bergerak dan hantar kami ke kereta... tempat parking kete tu boleh je nak jalan.. tak jauh pon..tapi konon saje la kan nak bagi rezeki kat pakcik beca tu... sekali.. turun je pakcik tu cakap.. RM30 je dik.. kah3.. ibu berat na gamaknye Aaqil..tu yang mahal tu..hahaha. But Aaqil sangat behave masa naik beca...gayat ke nak? kikikiki
 
Kite lunch dekat kedai Asam pedas zainab ke ape name kedainye ntah... kerusi baby ade satu je... dan...........harusla ibu aaqil menang dalam perebutan itu..hahahahahah.. :p. Okayla kedai ni..lagi better rase asam pedas dia if to compare with kedai asam pedas claypot yang glamour kat kota laksamana tu... maybe yang sana tu bukan taste hakak..
 
Lepas makan moh kite balik hotel kasi anak recharge the battery before kasi die berendam dalam swimming pool...kebahagiaan dan kegembiraan anak lagi penting. hahaha.. manelah budak setahun lebih ni nak layan museum museum sejarah sejarah ni.. hahaha.
 
Puas berendam dalam pool, malam kite naik Melaka river cruise pulak...tiket boleh beli dekat The Shore Jetty (tempat hotel kami) or kat jetty kat Bandar hilir tu.. harga tiket (Adult: RM15.90, Children below 2yrs: Free) tapi..beli tiket nak naik pukul 9, by 8.40 we are ready at jetty then baru orang cruise tu call bagitahu to standby at jetty 9.15 sebab boat jalan 9.30.. OMG... its too late untuk budak kecik.. diorang akan meragam nak tidur.. lagi-lagi penat main air... and guess what.. yup Aaqil agak crancky and not enjoying the lampu2...lalu tertidur di bahu bapaknye.... hailah anak...
 
Malam ni...since Aaqil is sleeping soundly.. kite makan bege bakar abang burn je la ye... hahaha...lupekan la seefood siput ketam sotong ikan bakar ape ke benda semua tu... tunggula anak dah beso sikit kite buat jalan-jalan cari makan baik punye.. ahaha
 
Ahad
 
Breakfast 2 keeping roti canai...eh.sedapla..macam tak cukup je..haha..pastu.. marilah layankan anak...pool again... ye ye ye.. since semalam Aaqil tidur awal.. maka pagi ni pon die bangun awal amek float tengok balkoni bising bising nak turun main air.. hahaahahaha. Layankan sampai waktu check-out.
 
Masa pool session pagi tu.. ade 1 kawasan tu hotel block.. rupenye para jelitawan miss tourism pelbagai Negara tu nak bergambo tepi kolam ala-ala posing majalah mangga tu.. haha.. penat akak tutup mate anak bagi takmo tengok orang seksi seksi ni.. sambil sambil jelling tok laki kot-kot mate die meliar ke sane.. hahahhhhhhhhhhhhahahahahahahaahahahaha..... rase unsecure la tu...kuang3
 
Plan asal harini kite round ayer keroh pulak..tapi Aaqil and abah was not in the good mood I guess.. penat main air gamaknye.. ke penat mate tengok miss tourism tu.. kehkehkeh...kite singgah Taman rama-rama.. tapi Aaqil tamo jalan.. jadi kite amek gambo di luar dan pulang marilah pulang marilah pulang bersama-sama.. hahahaaha
 
Singgah makan kat Nasi Ayam Gemas kat area Tesco Cheng.. not bad.. sedap..  :)
 
 
The end..
 
itulah kisah new year kami...
 
anda bagaimana?
hahaha

Dulu ade few entry pasal jalan-jalan kat Melaka.. bolehla click labels Melaka ye..kuar la segala mak nenek cerita pasal Melaka yang details sikit masa rajin berblog dulu. hehe
 
Nota kaki: takmo dah pi tempat gini time public holiday..nangis ramai na makhluk.. hahahaahahahaha
 
 
 
 
 














LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
" Ya Allah, sebagaimana engkau pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah musyrikin, maka kami memohon kepada mu ya Allah, turunkanlah bantuanmu kali ini kepada orang-orang islam di palestin, hancurkanlah rejim zionis yahudi sedahsyat-dahsyatnya" . Amin