Selamat hari raya!
Hahaha..lamanye tak update blog..
Meh sambung pasal Speech Delay ni.
Aaqil memang ade follow up dengan Paed Hospital Sungai Buloh every 3 month utk check TFT dia.
So..masa 2 yrs bagitahu doctor, words Aaqil less than 50 words. Still tak panggil ibu / abah lagi.
Cousin-cousin Aaqil yang sebaya 2-2 dah petah bercakap. NO, I am not comparing Aaqil tapi kita as parents kene tahu jugak milestone perkembangan budak2 ni..supaya kita tidak terlambat untuk membantu dia sekiranya anak-anak kita ada masalah.
Paed suggest untuk refer to ENT untuk speech theraphy sessions. Pada mulanya saya cakap maybe Aaqil a bit slow tapi nanti dia develop kot skill bercakap tu..(in a way nak skip appoinment with therapist, either saya in denial or tak cukup cuti untuk tambah appoinment lagi kat spital Sg Buloh ni.. dan inilah dilema ibu ibu bekerja..Sobs..sobs..). TAPI doctor tak bagi, katanya kalau tunggu sampai 3yrs old baru nk start theraphy session takut its too late.
Bila start appointment with ENT, dapat 2 appointment 1 dengan speech theraphy, 1 dengan doctor untuk check telinga.
Bila masuk klinik ENT nampak 1 poster tu. Tulis lebih kurang macam ni la..
' Anak anda speech delay? Adakah kerana dia tidak mendengar? Lakukan pemeriksaan telinga anak anda sekarang!'
And....guess what... YES!!!! Aaqil problem ialah taik telinga dia PENUH!!!! Ya Allah.. ibu tak tahu..
Saya ada dengar dekat radio IKIM rancangan dengan doctor pakar ENT. Dan saranan beliau supaya ibu bapa tidak pandai-pandai korek telinga anak kecik.. Telinga ada system auto buang taik telinga sendiri..so lepas dengar tu saya mmg bersihkan luar2 telinga je la...and doctors kat ENT pon memang agreed dengan statement NO KOREK TELINGA anak...siap haramkan cotton buds lagi..
Doctor terangkan yang ada 2 type of orang.. 1st yang jenis taik telinga akan jadi mcm serbuk tu dan keluar sendiri masa kite mandi ke..masa tidur ke.. dan 2nd is like Aaqil type.. taik telinga keras kat dalam.. huhu....2 kali jugak doctor kat ENT tolong buangkan taik telinga Aaqil. dan 2 kali tu la..horror gila.... dalam 5 orang duk pengang dia...super kuat Aaqil ngamuk orang nk korek telinga dia.. haha..sampai masa 1 time tu siap luka lagi.. Haihla anak..
***sorry cite pasal taik telinga pulak***
Settle masalah telinga, Aaqil still kene jumpa speech therapist.
Selain masalah telinga Aaqil, therapist jugak kata Aaqil kurang simulation / orang ajar / kurang berbual. YES, masa ni Aaqil addicted gila dengan handphone/Tab.. its my fault.. nak senang keje nak bagi dia diam hulur tab/handphone sampai dia hanyut dalam dunia dia sendiri.main sorang-sorang...SORRY Aaqil.
~~~~~~~~~~~~~ to be continued~~~~~~~~~~~~`