Friday, March 09, 2012

Bile harus memilih

Apa yang perlu kita lakukan bile kita berada disituasi yang mane kita harus memilih..
Keputusan yang sangat-sangat penting dalam hidup kita..
Yang akan mecorak masa depan hidup..cewah..

Arghhhhhhhh...
Hahahaha...ye..saya sedang menghadapi tekanan..
Kerana masa dan ketika ini, saya harus membuat pilihan antara 2
Mana satu nak pi..

Kene kaji balik ape tujuan saya
Apa matlamat saya..
Pro's and Con's..

Heee....serabut!
Kerana serabut ini...ramai dah jadi mangsa kene dengar masalah saya ni..
Hahahaha...tqvm kepada mereka-mereka yang dekat dihati saya diatas nasihat yang diberikan..
Semua itu akan saya amek kire dalam buat keputusan ini.
Until now..sebenarnye masih berbelah bagi..


Perkara yang perlu kita lakukan selain dapatkan khidmat nasihat dari mereka yang penting dalam hidup kite ialah..
Dapatkan jua nasihat dari Allah...
Buat Solat Istikharah..

Seseorang yang menghadapi sesuatu soal yang bersifat mudah, sedang ia sendiri masih ragu-ragu mana sebaiknya dilakukan, maka di sunatkan mengerjakan solat yang bukan termasuk wajib.
- Waktu yang terbaik ialah pada 2/3 malam (iaitu sekitar pukul 2 pagi). Bagaimana pun boleh dilakukan pada bila-bila masa dalam waktu yang di haruskan sembahyang contohnya selepas maghrib.


- Niatnya “Sahaja aku sembahyang sunat istikharah dua rakaat kerana Allah ta’ala”


- Dalam rakaat pertama selepas Surah Al-Fatihah baca Surah Al-Kafirun atau apa-apa sahaja surah lain yang terbaik kita boleh baca.


- Dalam rakaat kedua selepas Surah Al-Fatihah baca Surah Al-Ikhlas atau apa-apa sahaja surah lain yang terbaik kita boleh baca.



Niat Solat Istikharah

Sengaja aku mengerjakan sembahyang istikharah dua rakaat kerana Allah Ta’ala

- Selepas memberi salam baca doa berikut (mulakan dengan basmalah dan selawat dahulu).
 Doa Solat Istikharah

“Ya Allah, saya memohonkan pilihan menurut pengetahuanMu dan memohonkan penetapan dengan kesuasaanMu juga saya memohonkan kurniaMu yang besar, sebab sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mengetahui dan saya tidak mengetahui apa-apa. Engkau Maha Mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah, jikalau di dalam ilmuMu bahawa urusan saya ini……..baik untukku dalam agamaku, kehidupanku serta akibat urusanku, maka takdirkanlah untukku dan mudahkanlah serta berikanlah berkah kepadaku di dalamnya. Sebaliknya jikala di dalam ilmumu bahawa urusan ini buruk untukku, dalam agamaku, kehidupan serta akibat urusanku, maka jauhkanlah hal itu daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya serta takdirkanlah untukku yang baik-baik saja dimana saja adanya, kemudian puaskanlah hatiku dengan takdirMu itu.”
2 belakang dah ilang..kini tiba masa si budak depan untuk membuat pilihan...antara lari bukit atau perigi madu..hahaha

Semoga Allah permudahkan urusanku... :)

39 comments:

  1. pilih dengan tenang...bila keputusan di buat jgn pandang belakang lagi kerana setiap masalah di hadapan merupakan pengalaman baru utk hari2 akan datang ;)

    ReplyDelete
  2. @kakbitt: terima kasih atas nasihat itu... :)

    ReplyDelete
  3. kahkahkah....bagus jugak idea lari bukit tu kan....kikikiki...boleh la guna nak gossip..

    iyer, pilih yang terbaik..aku dulu pun dua gak antara "kedekutnakmampus" dgn "mainmaincompany" tapi aku grab jela peluang walaupun cipuuuuttttt nak mamp..untuk kategori ko...ko kena stadi byk aspect lagi...hehehehehe..selamat memilih :-)

    ReplyDelete
  4. Kartuuuuunnnn! SUKA!

    kenapa pompuan berskirt dng makcik baju kurung merah tu ponggong dia bergoyang-goyang...?

    ReplyDelete
  5. jgn buat keputusan melulu.tapi jgn terlalu rasional...eh..pelik kan/haha

    kekadang dengar kata hati tu betul2... :)

    jangan nanti menyesal,tapi dah terlambat...

    ReplyDelete
  6. Uncle gedek...sebab yang bergoyang tu tak reti duk diam..ada2 jer..yang sopan dia. ?..gedik...haha

    ReplyDelete
  7. adakalanya perlu berani buat pilihan ...

    ReplyDelete
  8. amin..
    moga Allah tunjukkan jalan dan pilihan terbaik utk akak..:D

    ReplyDelete
  9. dapat 2 offer kerja sekaligus lin?bestnya..semoga dipermudahkan segalanya ya..yang mana yang buat hati lin rasa tenang tu better yang tu lah..:)..pikir2..dan nilai..heee..

    ReplyDelete
  10. monday blues sudaaa tibaaa daaaa @_@

    ReplyDelete
  11. @mizzura: kikiki...kau tau je la kat opis ni..merepek no.1.. gdcm yg bg name lari bukit tu..lepas die tau mane aku dpt..hahahaha...

    ReplyDelete
  12. @uncle gedek: err...kerana mereka gedik! hahahaha...itu yg uncle pasan! aduh...hehehe

    ReplyDelete
  13. @clive: dha almost membulatkan hati... :)

    ReplyDelete
  14. @mizzura: ouh...ko dah reply..hihihi....yg sopan tu aku la kan kan? hahahah..sopan sgt..mengilai mcm ponti ade gak :p

    ReplyDelete
  15. @daddy: yooo..tgh memberanikan diri la ni...huhu

    ReplyDelete
  16. @yna: hehehe..a'a..smoga pilihan yg akan dibuat jap lg...adalah pilihan yg terbaik! :)

    ReplyDelete
  17. @clive: hikhikhik...yup..sgt blues wooooooooo...tp byk nk kene settlekan...so kene semangat~! hehehe

    ReplyDelete
  18. Betul tu Cadlynn buat sembahyang istikharah...insyaAllah akan dapat jln penyelesaiannya:)

    ReplyDelete
  19. pilih yang terbaik untuk masa hadapan dek.. harap2 adik dapat petunjuknya ye..

    ReplyDelete
  20. suka pendapat Bitt ..kukuh :)

    ReplyDelete
  21. doa minta pd Allah supaya semuanya berjalan lancar ;) cantik lah lukisan tu :D

    ReplyDelete
  22. heloo ade orang kat rumah x ni? :)

    ReplyDelete
  23. As salm cadlynn,

    Doa, doa & doa, klau dah buat istikharah tu insya'Allah akan dipertemukan jln... Sometimes, you have to follow ur heart, ur instinct...Because they never lie! Take care & all the best! :)

    Comel je yg cartoon tu... Yg pkai skirt tu xboleh blah... Kamu mesti yg pkai tudung, comel2 lote! :)

    ReplyDelete
  24. lyn lukis ke tu??

    hahaha! seksi yg pakai skirt tu jln tonggek2..hahahaha


    bila kena buat antara 2 pilihan mmg rasa tension kan..takpa pk baik2 =)

    ReplyDelete
  25. semoga Allah memberi jalan dan pilihan yg baik utk ko sis...

    ReplyDelete
  26. @k.ratu: mekasihhhhhhh..insyaAllah..dah bulat hati dah :)

    ReplyDelete
  27. @k.tihara: kan...sangat kukuh..bagus k.bitt ni :)

    ReplyDelete
  28. @lisa: tq...credit to mizzura n boss..diorg yg lukis.. :p

    ReplyDelete
  29. @marya: hehehe...mekasih.

    katun tu bos yg buat..ye..budak depan tu saye... si comot :p

    ReplyDelete
  30. @munna: tq! dah nekad! hehehe

    ReplyDelete
  31. @k.wahida: mekasih...tq.. :)
    insyaAllah...harap2 ok la kt tmpt baru nnti :)

    ReplyDelete
  32. hope kamu buat yg terbaik sygs!

    ReplyDelete
  33. hope kamu buat yg terbaik sygs!

    ReplyDelete
  34. hope kamu buat yg terbaik sygs!

    ReplyDelete
  35. yg anon tu saya ye. lupe letak nama haha

    ReplyDelete
  36. @ezan yang sgt gojes:

    hahaha..smpi 4 komen...sygs sgt tu :p

    tq ezan...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
" Ya Allah, sebagaimana engkau pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah musyrikin, maka kami memohon kepada mu ya Allah, turunkanlah bantuanmu kali ini kepada orang-orang islam di palestin, hancurkanlah rejim zionis yahudi sedahsyat-dahsyatnya" . Amin