Tuesday, August 08, 2017

Apa perlu buat bila anak SPEECH DELAY - Part 2

Selamat hari raya!

Hahaha..lamanye tak update blog..

Meh sambung pasal Speech Delay ni.

Aaqil memang ade follow up dengan Paed Hospital Sungai Buloh every 3 month utk check TFT dia.
So..masa 2 yrs bagitahu doctor, words Aaqil less than 50 words. Still tak panggil ibu / abah lagi.

Cousin-cousin Aaqil yang sebaya 2-2 dah petah bercakap. NO, I am not comparing Aaqil tapi kita as parents kene tahu jugak milestone perkembangan budak2 ni..supaya kita tidak terlambat untuk membantu dia sekiranya anak-anak kita ada masalah.

Paed suggest untuk refer to ENT untuk speech theraphy sessions. Pada mulanya saya cakap maybe Aaqil a bit slow tapi nanti dia develop kot skill bercakap tu..(in a way nak skip appoinment with therapist, either saya in denial or tak cukup cuti untuk tambah appoinment lagi kat spital Sg Buloh ni.. dan inilah dilema ibu ibu bekerja..Sobs..sobs..). TAPI doctor tak bagi, katanya kalau tunggu sampai 3yrs old baru nk start theraphy session takut its too late.

Bila start appointment with ENT, dapat 2 appointment 1 dengan speech theraphy, 1 dengan doctor untuk check telinga.

Bila masuk klinik ENT nampak 1 poster tu. Tulis lebih kurang macam ni la..

' Anak anda speech delay? Adakah kerana dia tidak mendengar? Lakukan pemeriksaan telinga anak anda sekarang!'

And....guess what... YES!!!! Aaqil problem ialah taik telinga dia PENUH!!!! Ya Allah.. ibu tak tahu..
Saya ada dengar dekat radio IKIM rancangan dengan doctor pakar ENT. Dan saranan beliau supaya ibu bapa tidak pandai-pandai korek telinga anak kecik.. Telinga ada system auto buang taik telinga sendiri..so lepas dengar tu saya mmg bersihkan luar2 telinga je la...and doctors kat ENT pon memang agreed dengan statement NO KOREK TELINGA anak...siap haramkan cotton buds lagi..

Doctor terangkan yang ada 2 type of orang.. 1st yang jenis taik telinga akan jadi mcm serbuk tu dan keluar sendiri masa kite mandi ke..masa tidur ke.. dan 2nd is like Aaqil type.. taik telinga keras kat dalam.. huhu....2 kali jugak doctor kat ENT tolong buangkan taik telinga Aaqil. dan 2 kali tu la..horror gila.... dalam 5 orang duk pengang dia...super kuat Aaqil ngamuk orang nk korek telinga dia.. haha..sampai masa 1 time tu siap luka lagi.. Haihla anak..

***sorry cite pasal taik telinga pulak***

Settle masalah telinga, Aaqil still kene jumpa speech therapist.

Selain masalah telinga Aaqil, therapist jugak kata Aaqil kurang simulation / orang ajar / kurang berbual. YES, masa ni Aaqil addicted gila dengan handphone/Tab.. its my fault.. nak senang keje nak bagi dia diam hulur tab/handphone sampai dia hanyut dalam dunia dia sendiri.main sorang-sorang...SORRY Aaqil.

~~~~~~~~~~~~~ to be continued~~~~~~~~~~~~`




Sunday, June 25, 2017

.::: Selamat Hari Raya 2017 :::.






Eh..dah terlambat nak post pasal raya. hahaha.. backdated tarikh je la... :D


Tuesday, February 28, 2017

Apa perlu buat bile anak SPEECH DELAY?

Assalamualaikum and a very good morning..

Hai kawan-kawan (versi aaqil and friend :D). Hahaha..

Harini kite nak cite pasal parentingla ek. Hehehe

Since jadi ibu ni hidup memang agak hectic, fast and furious sikit.Still learning and keep learning :D

Betullah kate orang, anak pertama sangatla mengajar ibu bapa itu sendiri. anak pertama kita la yang jadi bahan eksperimen untuk kite menjadi ibu bapa.. Semua yang pertama kali itu semuanya melibatkan anak yang pertama tu la..

Saya banyak sangat belajar dan masih belajar lagi untuk menjadi ibu yang sempurna untuk anak anak.

Parent should not compare their children with others, but parent itself should know/ should have the knowledge of parenting, children grow up milestone. Masa bersalin kan ade dapat buku baby tu..haha..situ byk info on children development milestone.

Untuk speech..ni contohnya


So untuk case Aaqil, bila genap 2yrs dia punya vocab still less than 10words,  saya start risau..kenapa ni..

..........to be continued....


 




Saturday, February 25, 2017

Its Abah Birthday!

Dear Aaqil and Adeeb

As today is your Abah birthday, lets out and celebrate it! (Part ni ibu paling suka sebab tayah masak dan jalan-jalan. Hahaha)

I always looking for a reason to bring our 2 cute babies for an outing. And when it's come to birthday, Boom! Cecepat siapkan bebudak ni. Hahaha
Nowadays, the birthday celebration is just pi makan-makan..
DAN!
pi playground!

Hahahaha...
Ape-apela ye nak. janji kamu happy ye dak?

Dear En.suami, 

Lets grow old together,
Hand and hand, you and me.
Sharing life's great moments,
Keeping each other company.
Living, loving, laughing,
Smelling roses as we go.
Even when our eyesight dims,
And the steps we take are slow.
And no matter where life leads us,
Remember, this is true.
Today, tomorrow...forever,
I always will love you.
 


 




Monday, January 09, 2017

New Year New Age. Its 2 3 :)


Assalamualaikum and Good Morning!

1st entry tahun ni...
terlajak tidur takdak orang kejut hujung November 💆💆💆
Haha

Alhamdulillah, syukur kepada Allah masih dikurniakan kesihatan, rezeki, kebahagiaan dan segala nikmat-nikmat Allah yang tak terhitung.

Macam biasala, masuk je new year, umur hakak pon bertambah dik!
Seiring dengan penambahan lebar dan berat badan jugak!
Haahaha. So sad.

At this age, i just want to be happy with my family! 👪
 and

This is how we celebrate ibu birthday...
our quality time together 




till then.. entahla bile pulak angin kencang timur laut yang akan buat hakak update lagi blog ni.

Haha. bye :D






LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
" Ya Allah, sebagaimana engkau pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah musyrikin, maka kami memohon kepada mu ya Allah, turunkanlah bantuanmu kali ini kepada orang-orang islam di palestin, hancurkanlah rejim zionis yahudi sedahsyat-dahsyatnya" . Amin