Assalamualaikum...
Hai semua :)
Sapa ada perangai beli sebuku roti pastu tak makan-makan or lupe nak makan until the expired date come closerrrrrrr. Hahaha..its me! 😎
Bile dah jadi lagu tu takkan kite nak membazir biarkan roti tu expired or makan banyak banyak roti tu? Hahahahahahaha
Penyelesaian dia ialah.....PUDING ROTI SOS KASTARD SUPER SEDAP! haha
Saya ada masalah dimana setiap kali nak buat setiap kali tu la google resepi. Hahaha..(selalu kene marah dengan husband, he even asked me to print and bukukan resepi yang biasa pakai tu so that i will used the same recipe every time.. takdela harini buat rase ni esok buat rase eh tak same macam haritu..kehkehkeh)
So untuk menyelesaikan masalah itu, marilah kite tepek sini resepi yang super mudah dan confirm sedap dari #cikepal ni. Senang nak refer lepas ni pi blog sendiri je...
RESEPI PUDING ROTI SOS KASTARD
Bahan bahan untuk puding roti
13 keping roti (1 bungkus roti)
1 kotak kecil kismis ( selalunya ni takde kat rumah so selalu change to chocolate chips 💕)
*3 cawan fresh milk (this also always run out of stock, so change to susu Aaqil or Adeeb. HAHAHA.. please dont tell my husband nor my officemate that I used this 😝)
*4 sudu besar gula
*2 sudu besar mentega
*2 biji telur
*1 sudu teh esen vanilla
Cara-cara membuatnye:-
senang je if pakai resepi ni..
1. Campurkan semua bahan-bahan yang bertanda * di atas (fresh milk, gula,mentega, telur & esen vanilla) dalam bekas. Kacau pakai whisk.
2. Koyakkan roti dan masukkan dalam bekas tadi dan rendam sebentar. Boleh tekan-tekan bg sume roti tu meresap bahan-bahan dalam bekas tu.
3. Tabur kismis kat atas.
4. Bakar dalam oven dengan suhu 200deg selama 50min api atas bawah.
Ouh jangan lupa panaskan oven dulu before (suhu 200 deg selama 30min.. part ni yang sokmo lupe dan menyebabkan masa anda terbazir begitu sahaja...hahahaha..demn!)
Bahan untuk sos kastard
1 tin susu cair
3/4 cawan air
2 sudu besar tepung kastard
2 sudu besar gula
Cara-cara membuatnye..
1. Campurkan semua bahan-bahan dalam periuk.
2. Masak dengan api perlahan dan sentiasa kacau sampai pekat.
Lepas tu SIAP!
TADA!!
Baru buat semalam.. and yes pakai susu Aaqil 😆 dan officemate kate sedap! hahaha...please dont tell them..
Wednesday, March 21, 2018
Subscribe to:
Posts (Atom)
" Ya Allah, sebagaimana engkau pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah musyrikin, maka kami memohon kepada mu ya Allah, turunkanlah bantuanmu kali ini kepada orang-orang islam di palestin, hancurkanlah rejim zionis yahudi sedahsyat-dahsyatnya" . Amin