Saturday, June 06, 2009

16 years life without u...

Harini genap 16 tahun pemergian mak...hidup ini sesungguhnya terlalu mencabar untuk seorang anak menghadapinya tanpa seorang insan bernama ibu disisi mereka. Tetapi, seperti kata orang, hidup perlu diteruskan. Semoga ibu ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Dan semoga kami terus tabah menjalani liku-liku kehidupan ini!

Friday, June 05, 2009

...........

Sekiranya iman itu boleh diwarisi, alangkah bertuahnya anak kepada seorang imam kerana mewarisi keimanan bapanya seperti harta yang diwarisi oleh anak orang kenamaan...Saya selalu memikirkannya...iman tidak boleh diwarisi, ia perlu dipupuk dan disemai agar bertumbuh mekar dijiwa seorang insan makhluk Tuhan itu..akan tetapi, siapakah yang harus memainkan peranan untuk memupuk dan menyemainya? dan siapakah yang harus dipersalahkan sekiranya iman itu gagal untuk dipupuk dan disemai dalam jiwa setiap insan itu?




Raihan - Iman Mutiara


Iman adalah mutiara
Di dalam hari manusia
Yang menyakini Allah
Maha Esa Maha Kuasa

Tanpamu iman bagaimanalah
Merasa diri hamba padaNya
Tanpamu iman bagaimanalah
Menjadi hamba Allah yang bertaqwa

Iman tak dapat diwarisi
Dari seorang ayah yang bertaqwa
Ia tak dapat dijual beli
Ia tiada di tepian pantai

Walau apapun caranya jua
Engkau mendaki gunung yang tinggi
Engkau merentas lautan api
Namun tak dapat jua dimiliki
Jika tidak kembali pada Allah


Seperti jua iman..sesetengah kemahiran jua tidak dapat diwarisi sekiranya pewaris itu sendiri tidak mempraktikkannya. Contohnya, anak tukang jahit tidak semestinya pandai menjahit baju sendiri walaupun melihat ibunya menjahit dari seawal usia. Saya merasakan kerugian itu kerana tidak dapat mewarisi kecekapan dan kekemasan jahitan ibu. Saya tidak sempat untuk belajar dengannya kerana beliau sudah terlebih dulu pergi mengadap Ilahi ketika saya baru sahaja mengenal dunia. Bulan lepas saya telah menekadkan diri untuk mempelajari ilmu ini tetapi gagal untuk melaksanakannya kerana sebab-sebab yang tidak dapat untuk dielakkan. Saya akan berusaha untuk memastikan saya menguasai kemahiran ini sebelum saya menutup mata.



p/s: kesimpulannya disini, saya merasakan diri ini dalam kerugian kerana tidak mewarisi kebaikan & kemahiran kedua orang tua saya. saya akan BERUSAHA kearah itu!








LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
" Ya Allah, sebagaimana engkau pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah musyrikin, maka kami memohon kepada mu ya Allah, turunkanlah bantuanmu kali ini kepada orang-orang islam di palestin, hancurkanlah rejim zionis yahudi sedahsyat-dahsyatnya" . Amin