Sunday, December 09, 2018

Apa perlu buat bila anak SPEECH DELAY - Part 3




Assalamualaikum..hai semua..

Ui.. nak hampir setahun baru nak update Part 3.

Hahaha..bz nau mak sekarang ni 👊👊

Selain masalah telinga Aaqil, therapist jugak kata Aaqil kurang simulation / orang ajar / kurang berbual. YES, masa ni Aaqil addicted gila dengan handphone/Tab.. its my fault.. nak senang keje nak bagi dia diam hulur tab/handphone sampai dia hanyut dalam dunia dia sendiri.main sorang-sorang...SORRY Aaqil.

~~~~~~~~~~~~~ to be continued~~~~~~~~~~~~`

Ni last haritu..meh kite sambung untuk saya sebagai Ibu kepada Aaqil mengingati setiap detik detik membesarkan anak-anak ni.. Lain anak lain ceritanya.👯

Appointment Aaqil di Hospital Sungai Buloh bersama Pn. Azlina setiap 3 bulan. Basically setiap kali appointment itu, therapist akan ajar parent teknik-teknik untuk membantu anak-anak untuk bercakap.

Yela, untuk appoinment 3 bulan sekali, setiap sesi 45 min itu apelah sangat yang dapat diajar. Main je yang lebih. Balik rumah nanti parent kene sambung dekat rumah.

Saya ingat lagi masa 1st session, we cant do anything. Aaqil tantrum sebab baru amek darah untuk check Hypothyroid dia, so session tu burn macam tu je.  As a working mom, i will combine all appointment in 1 day due to tak cukup cuti ( i think this is mother's global problem). So on the same day Aaqil will have 2 or 3 different appointment which is paed, ENT and speech therapist session. To minimize waiting time, the schedule would be amek darah dulu, sementara tunggu result darah dan review from doc so lari ke ENT dept for ENT and speech session. Lagi out mood Aaqil bile kene korek telinga..hahahaha

Tu belum cerita bab masa menunggu  untuk registration semata-mata. kalau nasib baik adela sengah jam tunggu untuk nombor giliran dipanggil. Nasib tak berapa baik penah 2 hours kot tunggu untuk registration je. Macam mane merayu pi kat specialist clinic pon (sebab appointment dah patut start tapi still tak daftar lagi) diorang tak boleh buat ape sebab name takde dalam sistem, takde nombor.

Hahaha.. selalu hilang sabar kat sini. Rase nak bagi cadangan registration patut kat own clinics je takperlu combine all clinics register 1 tempat yang kadang-kadang 2 je kaunter bukak. worst case 1 counter je bukak. and of course the priority goes to the elders and baby below 1 year je.

Eh panjang pulak bebel part registration. Hahaha..

Masa 1st session burn begitu sahaja. But the therapist did observe Aaqil sepanjang dia nangis tu. Aaqil have a good eye contact.

Masa awal-awal tu.. since tengok Aaqil do have eye contact, so Pn Azlin kate maybe the most issue ni lack of simulation. Mak Ayah jarang borak borak dengan dia or maybe addicted of gadget?

Deng.. yes.. ni la 1 of the reason. Aaqil memang time ni tak boleh tengok handphone or tablet confirm taknak lepas punya. Our bad. siap ade 1 tablet khas untuk aaqil main..

Next, Pn Azlin tanye sekarang Aaqil duduk dengan siapa waktu siang? Nursery? Yup..
Nursery tu ade aktiviti ape? ke makan tidur makan tidur..the answer is yes.. makan tidur makan tidur.
So Pn Azlin cadangkan untuk cari tadika yang playschool so that Aaqil boleh belajar berinteraksi banyak bila ada banyak aktiviti kat sekolah instead of makan tidur makan tidur.

Bermulalah kami cari tadika lain untuk Aaqil next year and Alhamdulillah Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Allah permudahkan urusan cari sekolah untuk Aaqil. Kebetulan ade tadika baru bukak dekat sangat dengan rumah dan accept budak 3 years old. most of the playschool start dari 4 years.  And result dia Alhamdulillah..Aaqil dah start pandai berkomunikasi. Ada improvement.
Walaupon kadang-kadang nampak gambar from tadika kawan2 tengah buat benda lain dia terceruk hujung main mainan.haha..Lama-lama dia involve in every activity but still tak reti nak bercerita balik kat kite la kan..

Sempat 4 kali je appointment with Pn Azlin. 26/12/17 Pn Azlin kate boleh discharge dah..Parent kene continue ajar dia kat umah je..











Masa last appoinment tu, Pn Azlin ada bagitahu nanti ada majlis graduasi untuk student yang dah discharge from Speech Theraphy.

Almost setahun kemudian, 10 November 2018.. majlis yang dijanjikan.. Abah tak dapat join sebab keje...

Aaqil dan Pn Azlin

Naik pentas :)

Alhamdulillah..Alhamdulillah...Aaqil makin hari makin improve. sekarang dah boleh cerita balik pass event.. dah potty train...ada la terbabas lagi sesekali. slowly and surely insyaAllah..



Banyak nak cerita sebenarnye tapi nanti la kita edit balik ke this post...haha.lama sangat peram kat dalam draft entry.

Till then.. Semoga cerita ni ada manfaat untuk parent kat luar sana yang clueless kadang-kadang why anak tak ikut perkembangan yang sepatutnye.




Tuesday, June 26, 2018

Selamat Hari Raya 2018





Assalamualaikum...


Walaupon dah abes seminggu beraya, namun rasenye belum terlambat kan nak wish 

SELAMAT HARI RAYA

Semoga dihari lebaran yang mulia ini dapat mengeratkan lagi silaturahim antara kita semua..
baik keluarga, kawan-kawan mahupon jiran tetangga.

Beraya di Kg Melayu Majidee Johor Baharu
 Beraya di Kajang!

Again!


Selamat Hari Raya semua 🙆

Wednesday, March 21, 2018

Puding Roti Sos Kastard super MUDAH dan SEDAP!

Assalamualaikum...


Hai semua :)

Sapa ada perangai beli sebuku roti pastu tak makan-makan or lupe nak makan until the expired date come closerrrrrrr. Hahaha..its me! 😎

Bile dah jadi lagu tu takkan kite nak membazir biarkan roti tu expired or makan banyak banyak roti tu? Hahahahahahaha

Penyelesaian dia ialah.....PUDING ROTI SOS KASTARD SUPER SEDAP! haha


Saya ada masalah dimana setiap kali nak buat setiap kali tu la google resepi. Hahaha..(selalu kene marah dengan husband, he even asked me to print and bukukan resepi yang biasa pakai tu so that i will used the same recipe every time.. takdela harini buat rase ni esok buat rase eh tak same macam haritu..kehkehkeh)


So untuk menyelesaikan masalah itu, marilah kite tepek sini resepi yang super mudah dan confirm sedap dari #cikepal ni. Senang nak refer lepas ni pi blog sendiri je...


RESEPI PUDING ROTI SOS KASTARD


Bahan bahan untuk puding roti

13 keping roti (1 bungkus roti)
1 kotak kecil kismis ( selalunya ni takde kat rumah so selalu change to chocolate chips 💕)
*3 cawan fresh milk (this also always run out of stock, so change to susu Aaqil or Adeeb. HAHAHA.. please dont tell my husband nor my officemate that I used this 😝)
*4 sudu besar gula
*2 sudu besar mentega
*2 biji telur
*1 sudu teh esen vanilla


Cara-cara membuatnye:-
 senang je if pakai resepi ni..

1. Campurkan semua bahan-bahan yang bertanda * di atas (fresh milk, gula,mentega, telur & esen vanilla) dalam bekas. Kacau pakai whisk.
2. Koyakkan roti dan masukkan dalam bekas tadi dan rendam sebentar. Boleh tekan-tekan bg sume roti tu meresap bahan-bahan dalam bekas tu.
3. Tabur kismis kat atas.
4. Bakar dalam oven dengan suhu 200deg selama 50min api atas bawah.
Ouh jangan lupa panaskan oven dulu before (suhu 200 deg selama 30min.. part ni yang sokmo lupe dan menyebabkan masa anda terbazir begitu sahaja...hahahaha..demn!)

Bahan untuk sos kastard

1 tin susu cair
3/4 cawan air
2 sudu besar tepung kastard
2 sudu besar gula

Cara-cara membuatnye..

1. Campurkan semua bahan-bahan dalam periuk.
2. Masak dengan api perlahan dan sentiasa kacau sampai pekat.

Lepas tu SIAP!

TADA!!




Baru buat semalam.. and yes pakai susu Aaqil 😆 dan officemate kate sedap! hahaha...please dont tell them..


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
" Ya Allah, sebagaimana engkau pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah musyrikin, maka kami memohon kepada mu ya Allah, turunkanlah bantuanmu kali ini kepada orang-orang islam di palestin, hancurkanlah rejim zionis yahudi sedahsyat-dahsyatnya" . Amin