Entry ini terhasil dari tragedi di suatu petang di jabatan perancangan di sebuah syarikat swasta di Malaysia..hehehe..dimana ketika itu saya telah gagal untuk mengawal emosi hanya kerana telah diprovokasi oleh seorang Pengurus Projek dengan soalan-soalan yang tidak mampu untuk saya terangkan....hohoho...
Setelah puas memikirkan tentang kejadian itu dan pengajaran yang dapat diambil darinya..saya memutuskan untuk melakukan TRANSFORMASI kepada diri sendiri. cewah!!! transform bagai...hahahaha....oleh yang demikian, untuk memastikan objektif transformasi ini dapat dicapai dengan jayanya...mari kite fahami dulu maksud-maksud disebalik perkataan yang berkaitan. Sile rujuk disini! untuk lebih lanjut...
Ya btul!!!...saya dikenali sebagai seorang yang agak garang and cepat marah...and nope...sikit pown saye tak bangga dengan perangai itu..saya pon tak tahu kenapa saya bersifat sedemikian akan tetapi saya percaya yang saya mampu untuk BERUBAH!! dan saya amatlah menghargai sekiranya usaha-usaha yang saya akan lakukan untuk mencapai kemajuan dan peningkatan untuk perubahan itu disokong oleh ahli keluarga serta sahabat handai sekalian...hehehehe...
Jadi...untuk menjayakan usaha ini...apa yang perlu saya lakukan??? sacara logiknya, saya perlu mempunyai sifat sabar untuk mengatasi sifat pemarah itu. Bagaimana untuk memperoleh sifat sabar itu?? Hurm....
Di antara langkah yang perlu kita hadapi untuk menghilangkan marah ialah :
a) Mula-mula kita perlu malu dengan Allah s. w. t akan segala tindak-tanduk kita. Allah memerhatikan segala perlakuan dan sikap biadab kita.
b) Bila datang rasa hendak marah, ingatlah kita ini hanyalah manusia yang hina.
c) Banyakkan berdiam diri dan berdoa kepada Allah agar Allah selamatkan kitadaripada sifat marah.
d) Hendaklah ingat kesan daripada sifat marah itu mungkin akan membawa kepada permusuhan dan pembalasan dendam dari orang yang anda marahi.
e) Cuba bayangkan betapa buruknya rupa kita ketika kita sedang marah. Ianya lebih buruk daripada perlakuan seekor binatang jikalau anda di dalam keadaan yang marah.
f) Apabila datang marah, banyakkan baca Ta'awwuz (A'uzubillahi minas Syaitanirrajim ) kerana marah itu datangnya daripada syaitan.
g) Apabila marah sedang memuncak, ambil wudhu kerana wudhu dapat menenangkan api kemarahan yang sedang membara.
h) Jikalau tidak boleh hilang marah dengan hal tersebut di atas, hendaklah tidur. Kerana ianya akan meredakan perasaan marah apabila bangkit daripadatidur
i) Tauhid kita perlu tepat. Setiap sesuatu itu datangnya dari Allah dan akan kembali kepada Allah. Kenapa kita perlu marah. Kalau kita bersalah, kita tidak suka orang memarahi kita. Maka begitulah orang lain yang melakukan kesilapan, juga tidak suka dimarahi. Tegurlah dengan lemah lembut dan kasih sayang.
Satu cara lagi, apabila datangnya marah, sedangkan anda berdiri, maka duduklah, sekiranya duduk, maka bersandarlah, Insya Allah kemarahan akan mulai reda. engan cara demikian, seperti ulasan saudara fansuri, keegoan akan berkurangan. Tapi apa yang berlaku, apabila naik marah, yang bersandar akan mula menetapkan duduknya dan seterusnya berdiri, maka kemarahan sudah tidak dapat dikawal. Berbanyakkanlah beristighfar kerana itulah senjata orang² mukmin. (sumber2 diatas diperolehi daripada sini)
Jadi..rakan-rakan sekalian..bantula saya untuk menjadi hamba Allah yang lebih sempurna...
No comments:
Post a Comment