Thursday, August 05, 2010

Ekspo Hartanah PKNS @ SACC

Last Sunday...before hantar budak matrik itu pulang ke kampusnya..saya sempat menjenguk ke Ekspo Hartanah PKNS yang diadakan di SACC Shah Alam...nak survey-survey harga rumah dan sebagainya..
Sebenarnye dah lama sangat teringin nak ada rumah sendiri...mesti bestkan boleh duduk rumah sendiri..hias rumah..Arghhhhh BESTNYEEEE!!!!!


Tahu pasal karnival ni masa on the way balik dari Metrojaya Sale kat Stadium Shah Alam (oh..yang ni nanti saya cerita kat entry lain ye), lalu kat area SACC tu..nampakla banner tergantung BESOR bangat pasal Ekspo ni...Excited terus..hihihi...biasalah.. Saya memang cepat excited..

Rumah Idaman
Pagi-pagi ahad tu terus bersiap nak pi tengok ekspo...Err...taklah pagi sangat..dalam pukul 11a.m kot.. Ehehe..biasalah...nak terus siapkan barang-barang budak matrik tu.. Sampai-sampai kat sana.. takde melencong pi kedai-kedai lain dah..terus menuju puncak! err..salah.. hehe..menuju ke tapak ekspo kat tengah -tengah SACC tu..

Anding dan taktahu nama sebagai pengacara majlis
Masa sampai tu tengah ada colouring contest untuk kanak-kanak.., Takdelah anak-anak bosan sangat menunggu sambil-sambil ibu bapa meninjau- ninjau tapak ekspokan..Good effort penganjur! Ada banyak lagi aktiviti-aktiviti yang disusun sepanjang ekspo ini dijalankan, antaranya ialah persembahan dari Zainal Abidin, Upin dan Ipin pon ada, dan banyak lagi...

Zainal Abidin
Ish, elok aku snap die pandang tepi pulak..hihi

Dalam banyak-banyak rumah yang dijual tu..adalah satu yang macam menarik perhatian daku.. tapi disebabkan datang dengan budak matrik a.k.a adik.. maka macam takboleh nak buat decision..eceh~
Katelah tak cukup lagi duit...hahaha..tak boleh buat decision konon...caitttttt! huehehe...
Ouh..gambar tak clear
<><>
<>
<><>
Kota Puteri kat mane ek?

Rumah yang berkenan dihati saya yang konon-kononnya bila ditanye oleh sales person...'nak buat investment ye dik'...lalu saya menjawab dengan yakin 'Yup'...ialah apartment kat area Gombak yang dijangka siap hujung tahun ni, harga rumah tu 227000++ (tak ingat exact price), down payment kene bayar 10% which is 22K tapi PKNS ada bagi discount sempena ekspo ini sebanyak RM15K so kene bayar dalam 7K ONLY, bulan-bulan kene bayar dalam RM900+, maintenance fee RM120..untuk booking kene bayar RM500.

Apartment itu lengkap dengan kemudahan-kemudahan seperti swimming pool, gym, parking lot (1/house)errr..tak ingat..hihihi.. but the sales person said its good for investment since the strategic place, berdekatan dengan student places, (she name fews university which i cant recall selain UIA)..

Katenye lagi.. this house sekiranya disewakan..harganya adalah sekitar RM900 untuk rumah kosong dan 1.5k for fully furnished. Pikir punye pikir...hurm...macammane ye..macam dah berminat..but ni bukan main-main..bukan nak beli goreng pisang kat tepi jalan... lalu...saya hanya meminta business card beliau dan mengucapkan terima kasih diatas penerangan yang diberikan lalu berlalu pergi..Kehkehkeh...saya memang poyo...


So, kepada sesiapa yang berminat..bolehlah berkunjung ke ekspo hartanah PKNS yang sedang berlangsung ketika ini di SACC Mall, Shah Alam. Kalau tak salah saya...nama sales person itu ialah Anis.. pergilah jumpe die..manis orangnye..tapi lupe nak snap her pic :)

2 comments:

  1. seronok membaca penulian saudari,semoga saudari meneruskan penulisan seperti ini.selamay=t berkenalan,

    ReplyDelete
  2. haha..suka-suka je berblogging ni..isi masa terluang...anyway..thanks for the compliment..ekekeke..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
" Ya Allah, sebagaimana engkau pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah musyrikin, maka kami memohon kepada mu ya Allah, turunkanlah bantuanmu kali ini kepada orang-orang islam di palestin, hancurkanlah rejim zionis yahudi sedahsyat-dahsyatnya" . Amin