Fuhhh....for the 1st time ever (siankan...huhu)...akhirnya..berjaya jugak saya menjejakkan kaki ke Istana Budaya untuk menonton teater....memang puas hati...best...memang lainlah perasaan dia daripada tengok movie dekat cinema...
Dalam IB sebelum show mule |
Hahaha...nampak tak makhluk hitam kat kanan tu.. Dengan Mizzura |
Dah Abes |
tapi tulah..disebabkan kekangan duit..(sebenarnya tak sanggup nak bayar mahal-mahal untuk tengok teater).. rasenye macam dah mahallah tiket RM53 tu..ngehngehngeh...tapi bile tengok orang duduk seat VIP kat bawah...pergh...sangat jeles...tak payah nak terjenguk-jenguk macam kami ni bile show kat depan pentas sikit..
4 tonggak utama CTM2 |
Teater ni mengisahkan impian 4 beradik Fairil (Afdlin), Jojo(Awie), Khai(Hans), C'Tan(Nabil) yang menjalankan business cuci dibawah syarikat Cuci-cuci Services (M) Sdn Bhd untuk mencuci Menara Berkembar Petronas (KLCC) yang menjadi kebanggaan rakyat Malaysia.. Impina mereka hampir tercapai apabila Jacklyn Victor invite CCS join competiton mencuci WWO yang dipengerusikan oleh Cik CJ(Vanida Imran) kerana pemenangnye akan dapat contract cuci KLCC + RM20k.
Selama 5 tahun berturut-turut syarikat Wira (Harith Iskandar) a.k.a kekasih Cik CJ yang menang competition tu..Rupe-rupenye selama ni Wira main kotor dengan membayar peserta lain. Patutlah diorang menang..Fairil yang beranggapan duit dari Wira dapat membantu mereka adik beradik telah membuat kesilapan dengan menggadaikan maruah mereka dan merancang kekalahan CCS. Perbalahan antara 4 beradik ini berlaku (part ni sedih...adik beradik patutnya bersatu..rase nak nangis). Khai mengetuai CCS setelah Fairil dianggap belot. Rematch diadakan untuk mengembalikan maruah CCS. Wira tak dapat menerima kenyataan lalu membuat kacau ketika rematch diadakan. Fairil yang sedar dengan kesilapannya datang menyelamatkan adik-adiknya dari ditimpa kemalangan..
Gambar goyangla.. Harith n Rapper (tak tau name) |
Eh! Lupe lak...JV bercinta dengan Jojo sebab Jojo pandai masak goreng pisang (part ni mereka melawak kategori 18sx seketika) dan CJ jatuh hati dengan Khai yang jujur sangat...sweet sangat CJ n Khai masa atas gondola tu...
Dari jauh pon jadilah..tak sanggup nak beratur..dah pukul 1 pagi da~ |
Suara Awie memang mantap..but suara Hans not bad...ada keunikannya lah Nabil sertai mereka.. memang klakar..tak reti duduk diam Nabil ni..yang macam agak impress tu diorang guna short form macam remaja-remaja skrg..mmg mcm ikut trendla.. maybe sbb Nabil ada sekali kot..
Kepada sesiapa yang tak tengok lagi...pergi cepat!!!! rugi sangat-sangat kalau tak tengok sebab memang best gile...BERBALOI-BALOI...
*lain2 gambar akan diupload kemudian*
BEST!!!!!!!!!!!!!!!
ReplyDeletememang best bangat! tak rugi tengok kan zura kan...hihihihi..
ReplyDeletep/s: nak gambarrrrrrrr :)
wahh bestnyeee..teringin nak pegi tgk teaterrr :(
ReplyDeletebest aisyah! jom tengok..coming soon teater Mahathir n Natrah...
ReplyDelete