Thursday, October 14, 2010

Bestnye shopping di Pink Shopping Night~

Hai..hoi..hye~ Ehehehe...ini tanda saya gembira.. gumbira kerana dapat shoppinnnnngggggggggg...
Ouh..sebenarnye bukan shopping dalam erti kata sebenar~ Rasenya lebih banyak window shopping..teman kawan bershopping dan makan.

Semalam (12 October 2010) telah berlangsungnya Pink Shopping Night di MidValley Megamall..
Dengan gigihnya..saya dan mizzura pergi untuk menyertai dan turut sama memeriahkan lagi acara ini..
Lepas keje..terus berdesup~ heading to MidValley..hehehe.. dalam kul 6.15 kami berjaya sampai dengan selamatnya..


Mana saya tahu pasal ni? hurm..sebagai kipas susah mati majalah Cosmopolitan, saya sudah pon mendapatkan senaskah majalah cosmopolitan keluaran October untuk dijadikan koleksi..
Ye betul! Dari situlah saya tahu pasal Pink Shopping Night ni~ Kempen pink project ini bertujuan untuk memberikan kesedaran dan info mengenai barah payudara..

Sesampainya kami kat midvalley, ingatkan kami antara yang terawallah..untuk mendapatkan goodie bag (500 pembaca pertama) dan cupcake dari secret recipe (1000 pembaca pertama).. Tapi! bertapa terkejutnya kami apabila tengok orang dah beratur panjang sangat-sangaat! Lorrr..sempat lagi ke ni? Ish! tapi dah sampai ni rasa rugi pulak kalau takdapat goodie bag tu..huaaa..pikir punye pikir..layankan jugak..sanggup kami beratur tau untuk dapatkan goodie bag tu..hahahahahaa..Dan..alhamdulillah, rezeki memihak kepada kami apabila kami berjaya mendapatkan goodie bag tu..hehehe...kembang-kembang hidung bile pegang goodie bag tu..

Ouh ye..untuk redeem goodie bag n cup cake itu..anda haruslah memiliki kad pink macam gambar kat atas tu yang diperolehi dari pembelian majalah seperti CLEO dan cosmopolitan...atau pon, sekiranya anda merupakan pemilik card HSBC..anda juga mempunyai peluang yang sama! dan~ ada cara lain lagi..
dengan mendapatkan cop-cop dari 4 kedai yang disenaraikan..ha..yang cop-cop ni special sikit..kalau complete dapat ke empat-empat cop tu, selain berpeluang dapat goodie bag, anda turut berpeluang untuk memiliki Reebok sport shoes..ouh..yang ni saya terlepas...

Masa pusing-pusing nak beratur tu sempat snap beberapa gambar..tapi camera mizzura la..hehe..
lepas tu..saya ternampak DD! (Diana Danielli) wah...chanteknya die..pakaian die sempoi je..t-shirt putih n jeans..lepas dapat goodies..terus bagitahu mizzura yang saya nampak DD tadi...lepas tu nampak DD sedang bergambar dengan peminat-peminat..Apalagi! queue jugaklah nak amek gambar dengan DD..yeah! dah macam budak sekolah je saya..comot! haha

Kami berdua pergi ke hampir semua kedai-kedai yang ada tertera dalam pink project ini untuk melihat promosi yang disajikan untuk pembeli..Ada beberapa yang telah menarik minat saya..tapi end up saya tak beli apa-apa pon selain aunty annie pringles rossels..yang lain tu cuci mata je..tapi adalah dah aim dua tiga barang nak beli..hehehe..memandangkan dalam goodie bag tu ade voucher (t-joue rm50, carlo rino rm20 dan banyak lagi) jadi saya memutuskan untuk survey je dulu malam ni..Nanti pakai voucher-voucher yang ada tu..hehe..



 Selain dari shopping, window shopping dan goodie bag yang  menggembirakan itu.saya juga dapat menge'pow' kawan saya half dozen donut Krispy Kreme! hahahaha...thanks eazydizzy..sebabkan datang berdua dengan mizzura jadi donut itu bahagi dua..yeay! kenyang~

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
" Ya Allah, sebagaimana engkau pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah musyrikin, maka kami memohon kepada mu ya Allah, turunkanlah bantuanmu kali ini kepada orang-orang islam di palestin, hancurkanlah rejim zionis yahudi sedahsyat-dahsyatnya" . Amin