Friday, February 04, 2011

Antara Buaya Darat dan Buaya Laut, Mana lebih BAHAYA?

Twit! Buaya dalam erti kata sebenar tu orang panggil ape ek? Betul ke buaya laut? kat sungai takde buaya ke? hahaha..kasi hentamla~ Berbalik kepada tajuk entry kali ni..mana yang lebih korang takut / mana lebih bahaya? jawab jangan tak jawab..pada saya, dua-dua bahaya~ =P

Hehehe...boleh agak tak entry kali ni pasal ape? mesti bolehkan~ hahahahahaha...gelak over

On the way balik dari Melaka Bandar bersejarah, rasanya tak lengkap perjalanan ini kalau tak singgah ke Taman Buaya. Betul tak? Jadi...YES! Kami singgah kat sana..kate on the way..singgah la kejap..Oh ye, ada bayaran ye nak masuk taman buaya ni. Kalau nak masuk taman buaya + taman permainan air, Dewasa: RM10.00, Kanak-Kanak: RM6.00. Kalau nak masuk taman buaya je, so half price..Jadi saya dan kaklun bukan nak pi mandi pon..kami pi tengok buaya udah~

Dah ada macam-macam kat dalam Taman Buaya ni..bukan setakat buaya semata-mata bak kate pakcik yang jaga tu. Ada binatang lain-lain jugak antaranya sangkar besar yang ada itik gembo-gembo, merak, burung-burung, ada ular pelbagai jenis yang kebanyakannya tengah salin kulit..eiwww...pi lah salin kat tempat persalinan pakaian...ni depan orang ramai..hahaha..ada ape lagi ek..hurmmm...ada apa ntah lagi.. dan yang paling wajib adanya BUAYA la...nama pon taman buaya kan..kalau takde boye memanglah tak betul!




Tengah jalan-jalan tengok buaya-buaya yang macam takde tenaga langsung. Paling koman pergerakan diorang pon ialah nganga mulut.. kitorang pon bosan..oh..dengan keadaan kolam yang kurang terjaga..ada yang sampai buaya tu berlumut..sian die tak mandi..


Tiba-tiba.. kami terdengar satu bilasan yang kuat..Oh..apa tu..Splash! Kaklun lari ke arah bunyi itu.. Wahhh.. Baru teruja nak tengok! Buaya gaduh...kah3! ada ke patut kami teruja bila tengok buaya gaduh.. Pastu ada bunyi lagi kuat kat kolam lagi satu..kaklun lari lagi..aiyak..kene lari ke.. sama jugak..ada buaya tu nak naik ke darat tapi sekor lagi tak bagi naik..kah3..ntah apa-apa...berdarah buaya tu..adegan kejar mengejar berlaku. Rasa macam nak buat video dokumentari jek..huahahaha..tapi tak buat pon..penat kejar kaklun. Hoho..

Abes saksikan adegan pergaduhan buaya-buaya tu, kami pergi tengok miniature bangunan..eh..miniature ke..
Adoi..lemah betul pembendaharaan kata saya ni! Ada banyaklah..antaranya ialah KLCC, Tugu Negara, A-Famosa, Jambatan Pulau Pinang, Bangunan kat Putrajaya..Best-best~

Jomlah tengok gambar..lagi syokkan~











Selain pi taman buaya, kitorang pergi jugak Melaka Wonderland, Taman Lebah, Taman Asean..tapi semua kat luar je..hahahahaha...Melaka wonderland tak bawak baju mandi, taman lebah dan taman asean tu dah tutup~ Leka sangat tengok buaya sampai yang lain tutup..hahaha

Ini adalah entry terakhir untuk percutian bajet Melaka~ Best bila semua ikut suka kite je nak buat..hahha..yang tak best saya bayar semuanya..tapi takpe. saya yang rela :) Sekarang tengah pikir mana lagi nak bawak adik saya jalan-jalan :)


Lain kali kalau ada masa pergi lagi saya nak naik Menara Taming Sari, nak  masuk Melaka Wonderland, nak masuk Taman Asean, nak masuk Taman Rama-rama..nak masuk muzium-muzium yang tak sempat nak masuk..

Ni barang-barang yang sempat dirembat masa kat sana..sikit je~ kate motif awal nak pi jenjalan je..huehehe.
Tamat sudah cerita cuti-cuti melaka~ bye semua :)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
" Ya Allah, sebagaimana engkau pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah musyrikin, maka kami memohon kepada mu ya Allah, turunkanlah bantuanmu kali ini kepada orang-orang islam di palestin, hancurkanlah rejim zionis yahudi sedahsyat-dahsyatnya" . Amin