Wednesday, March 30, 2011

Procedure tukar nama bil elektrik dan air

Lepas dapat kunci rumah, apa yang harus kita buat ye?

Sepatutnya, lawyer masing-masing dah tolong check dan make sure tak ada tunggakan dari owner lama.
Masa kunci diserahkan pada new owner. Sepatutnya bil elektrik dan bil air semua dah clearlah.

Bil Elektrik


Dokumen yang diperlukan :-
1. Satu salinan Sales & Purchase (S&P)
2. Satu salinan IC owner baru
3. Duit Cagaran (RM240) untuk rumah teres setingkat + RM3 (Caj proses tukar nama)
4. Setem hasil RM10 x 2 [Beli kat pejabat pos ye]
5. Borang-borang yang telah lengkap diisi (Borang TNB c/w setem hasil RM10, Borang yang ada kene mengena dengan LHDN c/w setem hasil RM10 yang dimatikan kat LHDN berhampiran]. Borang boleh didapati di Kedai kedai Tenaga berhampiran anda
6. Bil elektrik premis

Berpeluh jugaklah nak settlekan ni..hahaha..konon-konon dah get ready everything..dah beli setem hasil, supporting document dah lengkaplah konon-konon.. Dengan full of confident, pi kat Kedai Tenaga Kajang (walaupon my lawyer kata tak boleh buat penukaran nama kat kajang, kene pi kat bangi tapi saya degil). Saya dah baca kat satu blog ni kate setem hasil kene 2 keping tapi saya degil beli satu. Dengan yakinnya, saya submit supporting document, lepas tu orang tnb tu bagi 2 form kene isi yang memerlukan 2 setem hasil rm10, satu form kene pi buat mati setem kat LHDN yang bukanlah disebelah kedai tenaga itu..hahaha..disitulah ketensionan bermula. Kene pi post office lagi sekali untuk beli lagi setem hasil pastu straight to LHDN Kajang. Settle semua tu, pegi balik ke kedai tenaga untuk settlekan proses penukaran nama. Thanks to kakak kaunter tadi yang bagitahu rumah teres setingkat cuma perlu bayar cagaran rm240 bukan rm250 macam yang orang sebelum ni kate. Jimat rm10 ku..haha.

Bil Air (SYABAS)


Dokumen yang diperlukan:-
1. Satu salinan S&P
2. Satu salinan I/C
3. RM130 (Penyambungan semula)
4. Form yang lengkap diisi dengan cop dari plumber berdaftar dengan pihak Syabas (cop dari plumber maksudnya plumber tu dah buat pemeriksaan paip kat umah tu ye)

Hari Jumaat yang lalu saya dah pi amek borang kat Syabas. Make sure pi kat cawangan yang betul ye.. Masa saya ambil borang tu, ada sorang ni rumah dia alamat selangor tapi dah dekat dengan sempadan kl, walaupon alamatnya selangor still die kene buat penukaran nama kat syabas kl..

Kalau pemotongan air kat rumah tu dah lama (more than 6 mth) so, kene ada plumber check kondisi piping kat rumah tu. Kene pakai plumber yang berdaftar dengan SYABAS ye. Dah settle semua,siap bayar..settle!

Okay lin, sila masukkan dalam kepala..lepas ni anda ada pertambahan bil yang perlu diambil perhatian ye~!
Installment rumah, bil elektrik dan bil air rumah..

Sekian terima kasih :)

12 comments:

  1. Oho... memang jerih proses ni. Wan tgh usahakan sedia bnyk borang2 penting psl pembelian rumah. Lech nak kena pergi sana sini dgn urusan semua ni. Tapi demi harta jangka panjang. kena usahakanlah juga huhu

    ReplyDelete
  2. banyak gak procedure tu ya... isk isk

    ReplyDelete
  3. wan: betul2..lin tgh usaha sebaik mungkinla ni..haha..semuanya terlalu cepat..risau :p

    ni kontraktor complain air takde..susah nk wat keje..hahaha..
    air masuk balik jumaat ni..ayoyo..

    ardini: agakla..kene sediakan dokumen betul2..

    ReplyDelete
  4. bagusnya info ni... tq for sharing... really need this info right now... :)

    ReplyDelete
  5. klau borang nak minta kontaktor cek plumber tu cam mna yer..kita yg cari ke tau syabas yg hantar..dan byaran dia cek plumber 2 kita kena bayar kew?

    pening niiiiee

    ReplyDelete
  6. klau borang nak minta kontaktor cek plumber tu cam mna yer..kita yg cari ke tau syabas yg hantar..dan byaran dia cek plumber 2 kita kena bayar kew?

    pening niiiiee

    ReplyDelete
  7. klau borang nak minta kontaktor cek plumber tu cam mna yer..kita yg cari ke tau syabas yg hantar..dan byaran dia cek plumber 2 kita kena bayar kew?

    pening niiiiee

    ReplyDelete
  8. @su: borang leh dapat kat syabas..
    pilih je yg mane-mane or seek syabas officer utk recommend yang mane satu n yes kite yang kene bayar kat plumber tu...hopefully this will help u...senang je process die..jgn risau..

    ReplyDelete
  9. wah info yg bagus utk kak yg tak tahu apa2 tentang ini sbb semua suami yg uruskan...thanks cadlynn:)

    ReplyDelete
  10. @kak teratai:

    ni umah sy sendiri..kenelah bersusah payah sendiri sbb blom ade suami..hehehe

    ReplyDelete
  11. thanx for da info kak..nrl pon bru nk buat tukar nama..follow nurul k @ missnurulrahimah.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. ur welcome...
      happy to hear kalau this info help u :)

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
" Ya Allah, sebagaimana engkau pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah musyrikin, maka kami memohon kepada mu ya Allah, turunkanlah bantuanmu kali ini kepada orang-orang islam di palestin, hancurkanlah rejim zionis yahudi sedahsyat-dahsyatnya" . Amin