Monday, May 16, 2011

Happy Teacher's & Mother's Day :)

Bulan May ni banyak sangat hari-hari yang perlu disambut :)

Starting from :
1st May - Hari Pekerja..
8th May - Mother's Day..
16th May- Teacher's Day..

Disebabkan kesibukan yang melampaui norma-norma kehidupan..hahaha...jadi saya termiss ucapan for Mother's Day! Jadi saya lumpsumpkan dalam satu entry ek...



Untuk semua ibu-ibu diseluruh dunia, bagi saya...setiap hari ialah hari ibu~ kerana ibu or mama or mak or mummy..tak kisahlah apa pon panggilan anda buat ibu anda... ialah orang yang sangat-sangat perlu kita hormati dan hargai setiap saat..tanpa mereka tak mungkin kita dapat bernafas di dunia ini. Jasa dan pengorbanan mereka tiada tolok bandingnya dan tidak mungkin dapat kita balas sampai bila-bila..

Untuk arwah mak...semoga mak ditempatkan dikalangan kekasih-kekasih Allah...walaupon mak dah lama meninggalkan kami, tapi mak sentiasa dalam hati kami..

DAN

Selamat hari guru untuk semua guru-guru diseluruh dunia yang gigih berusaha untuk mengajar anak murid anda especially untuk guru-guru yang pernah mengajar saya.. Tanggungjawab guru sangat besar dalam mendidik murid-murid..tanpa guru, maka tiada doktor, engineer, lawyer, ahli muzik...Terima kasih kerana mendidik saya menjadi manusia yang berguna pada hari ini..

Dan juga...pada saya..setiap orang pernah menjadi guru pada seseorang sama ada kita sedar mahupon tidak..kadangkala..perbuatan/percakapan kita turut diambil sebagai pengajaran oleh seseorang...contohnye..dalam hubungan adik beradik, sebagai kakak/adik...kita banyak menerima/ memberi tunjuk ajar...jadi..boleh dianggap cikgu secara tak formal la kan? ibu bapa tak yah cakaplah..mereka memang guru kita since kita dilahirkan....jadi...selamat hari guru untuk semua :)

2 comments:

  1. 27th May 2011 - my last day..huwaaa..mau nangis..sob..sob..sob..

    |Wassup Guru-guru!|

    ReplyDelete
  2. 27th????

    huaaaaaaaaaaaaaaa...aku dah nanges :(

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
" Ya Allah, sebagaimana engkau pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah musyrikin, maka kami memohon kepada mu ya Allah, turunkanlah bantuanmu kali ini kepada orang-orang islam di palestin, hancurkanlah rejim zionis yahudi sedahsyat-dahsyatnya" . Amin