Eh..ni campaign lame..hehe |
Last week, ada campaign for UNICEF dekat LRT Dang Wangi.
Hari-hari tengok je mereka berkempen sambil lalu laju-laju sebab kejar masa nak balik.
Suamiku menunggu dihujung station. Aww..so sweet :p
Hari Khamis lepas pi kerja sendiri..jadi jalan lenggang lenggong sikit masa balik.Hahaha.poyo.
Lalu masa nak balik, sorang volunteer tu sapa dan mintak signature untuk campaign mereka..
Sign je la kan..janganla KEDEKut sangat (bukan uncle gedek ye :p)..sambil sign dia tanya pernah dengar pasal UNICEF tak? blaja mane? eh eh.kite dah keje la..Umur berapa...bla bla bla..
Dipendekkan cerita.. kita diajak untuk membantu kanak-kanak sedunia ini dengan menderma atleast RM1 sehari. Dalam hati (owh..seringgit je). Ahkak dah nak keluarkan duit singgit yang terselit kat poket seluar baki makan tengahhari tadi.. Tapi malangnye mereka tidak menerima cash money ye kawan-kawan.
Die ajak duduk pulak untuk ceritakan program menderma seringgit sehari ni.
Volunteer: Cik ke Puan?
Aku: PUAN! (Bangga..haha)
Volunteer: akak pakai credit card tak? (terus kene panggil akak..haha)
Aku: Sobsob..tak adik..akak tak mampu.. (drama)
Volunteer: Dont worry kak..akak masih boleh membantu..akak ade maybank?
Aku: Ade! (mata bersinar)
Cukupla drama itu..haha..
Senang cerita, untuk memudahkan orang ramai membuat amal kebajikan seperti ini.
Mereka telah membuat program membuat bayaran/derma melalui potongan terus dari akaun bank kita.
Takdelah diorang potong singgit hari-hari. Programnya begini ya. Kita boleh pilih sama ada nak buat potongan every month ataupon 6 bulan sekali.
Saya pilih untuk membuat potongan setiap bulan..RM38/month. Kalau 6bulan tu..RM228 la ye kawan-kawan.
Sekiranya pihak penderma merasakan..hurm...cukupla derma untuk kali ini...mereka boleh memberhentikan program ini dengan hanya membuat panggilan ke hotline mereka. SG Support Services – DDDP Administration arm.Tel: 1300 88 0010 (for cancellation/ change of details). Semudah itu. Tiada paksaan.
Diana Danielle pon join! Apa lagi. Jom! |
The best part untuk kita penderma ini, selain mendapat saham akhirat (InsyaAllah), program ini juga layak untuk dapat pengecualian cukai! saya suka! saya suka! hahaha..
Untuk keterangan yang lebih terang lagi bersuluh....silakan ke website UNICEF Malaysia..
atau klik aja link kat bawah tu..