Setiap anak mempunyai keistimewaan masing-masing..Setiap anak berbeza-beza perangainya...Ibu bapa harus peka dengan ini dan tidak melayan setiap anak-anak mereka dengan cara yang sama kerana mereka adalah orang yang berbeza...
Uish..beratnye topik kali ni..ehehe..ini semua gara-gara lepas baca entry di
Saifulislam.com membuatkan saya terpikir..betul ke anak kedua mempunyai personaliti seperti yang diperkatakan dengan membandingkan dengan diri saya sendiri...Tujuan yang paling utama ialah untuk lebih memahami diri sendiri dan memperbaiki setiap kekurangan dengan menonjolkan kelebihan yang ada..
Ya! Saya merupakan anak kedua dalam keluarga..Jom kita kaji character anak kedua ini..hehehe
- Dr HM Tuah Iskandar -Pakar Motivasi Three Extra Training & Solutions.
"Terdapat tiga kategori anak iaitu anak sulung, tengah dan bongsu. Anak kedua jatuh dalam kategori anak tengah. Melalui kajian psikologi yang dijalankan mendapati mereka yang berada dalam kumpulan ini merupakan seorang yang fleksibel, pandai membawa diri dan lebih berdikari. Bukan itu sahaja mereka juga mempunyai kepercayaan diri yang tinggi dan keyakinan diri terutamanya ketika membuat keputusan.
Namun di sebaliknya anak kedua ini seorang yang cepat terasa. Dapat dilihat, kebanyakan ibu bapa akan membeli pakaian yang serba baru kepada anak sulung sementara anak kedua akan memakai pakaian yang telah digunakan oleh abang atau kakaknya. Perlakuan ini secara tidak langsung akan membuatkan anak kedua ini berasa tersisih dan terabai.
Sikap ‘sedar diri' ini membuatkan mereka mudah mengalah. Berbeza anak pertama, mereka adalah individu yang berwawasan, bertanggungjawab tetapi ego. Sikap ini secara tidak langsung boleh mempengaruhi anak kedua menjadikan anak kedua ini lebih degil namun ia masih lagi boleh dikawal.
Percaya atau tidak, persekitaran ini menyebabkan anak dari kelompok tengah ini gemar membuli adik yang lebih muda daripadanya," jelas Dr HM Tuah Iskandar Pakar Motivasi Three Extra Training & Solutions.
Sambungnya di sebaliknya itu, kekuatan anak kelompok tengah ini ialah mereka boleh berada dalam pelbagai situasi kerana suasana telah mendidiknya untuk menyesuaikan diri. Malah melalui kajian yang diadakan menunjukkan ramai anak kedua ini lebih berjaya kerana sikap mereka yang fleksibel.
Sikap berdikari dan kedegilan yang ada dalam diri mereka semenjak kecil dibawa sehingga memasuki alam pekerjaan menjadi faktor kepada kejayaan mereka menunjukkan sikap yang sering dipandang negatif oleh masyarakat ini juga membawa kesan positif. Manusia lahir dengan pelbagai karakter.
Selain itu, biar bagaimana berbezanya karakter anakanak; degil, keras kepala dan sebagainya, terima anak anda seadanya kerana setiap anak yang dikurniakan itu mempunyai keistimewaan ter tentu. Secara logiknya juga, setiap manusia akan berubah mengikut tahap perkembangan usia.
Saya bersetuju hampir semua karekter-karekter yang saya 'BOLD' diatas especially bab cepat terasa! yes..saya sangat sensitif..
Tapi kalau bab membuli saya tak setuju...NO NO NO..apsal macam saya yang kerap dibuli?
Hahahaha..lebih-lebih lagi dengan adik lelaki saya..jarak umur kami sangat rapat..dan sayalah mangsa bulinye..hahaha..bile kitorang duduk balik dan bercerita pasal kenangan masa kecik-kecik..sumpah saya kene gelak je sebab situasinya asyik-asyik saya kene buli..rindu dengan masa-masa itu..kalau diberi peluang untuk mengecapinya semula..saya taknak ubah satu pon..semua itu sangat berharga terutama kenangan bersama ibu tercinta..
Ouh ye..kecik2 dulu saya CENGENG! kahkahkah....kate mangse buli~
Alhamdulillah..walau apa pon sikap yang ada pada saya..sikap itu telah membentuk siapa diri saya sekarang dan i'm proud to be me..