Tahu tak makna ISTIDRAJ?
Last week, sambil-sambil saya bersiap nak pi keje, saya suka bukak tv9 tengok program 'tanyalah ustaz'
So time tu tajuk yang dibincangkan ialah ISTIDRAJ..
Saya yang bagaikan katak dibawah tempurung, terus terlopong sebab tak paham...apa istidraj ni?
Apsal tak pernah tahu pon...OH NO!...nampak sangat kurang membacakan?
Jadi, mari saya kongsikan sikit apa yang saya paham pasal istidraj atau dalam bahasa yang mudah untuk difahami oleh kita..lupa daratan..
Istidraj" suatu perkara yang di luar adat kebiasaan yang belaku terhadap seseorang insan bertujuan untuk membinasakan 'insan' tersebut dengan cara berangsur-ansur atau tidak disedari atau sedikit demi sedikit dan bukan mengejut
(amek dari http://muzakarah.tripod.com/istidraj.html)
Contoh seseorang itu sedang menghadapi istidraj..
Semakin dia melupakan Allah, semakin lalai dia dan meninggalkan ibadah dalam mengejar duniawi dan pangkat, semakin berjaya pulak dia...lama-lama...dia akan merasakan yang segala dikecapi ketika itu kekayaan, pangkat, harta adalah kerana usahanya semata-mata..
Sungguh, saya lebih takutkan istidraj dari ujian yang Allah berikan secara jelas kepada saya.
Andai saya sakit, saya tahu itu ujian Allah.
Andai saya miskin, saya tahu itu ujian Allah.
Tapi andai saya diberikan kesenangan, andai saya dikurniakan rezeki melimpah ruah,
Saya risau saya sedang menghadapi istidraj.
Dan yang lebih menakutkan, saya risau saya tidak sedar yang itu adalah istidraj!
Ustaz hasrizal pon pernah mengupas hal ni... http://saifulislam.com/1522
Jadi..mari kita check diri masing-masing...adakah kita sedang menghadapi istidraj?
No comments:
Post a Comment