Wednesday, June 02, 2010

Happy Birthday Kaklun!

Entry ini sepatutnya keluar semalam pada 1 Jun 2010 tetapi kekangan masa telah menyebabkan kelewatan ini berlaku...Wah..skemanya ayat! haha..


Just wanna wish to my sister Siti NurulHuda @ lebih dikenali dikalangan ahli keluarga sebagai Kaklun



HAPPY BIRTHDAY!!!!!
Selamat ulang tahun ke-18, angka 18 bukan bermakna anda sudah bebas untuk membuat apa sahaja ya!
Sedikit pesanan buat anda...walaupon anda menyambut hari kelahiran di tempat baru tanpa keluarga disisi..tetapi percayalah adikku, kami disini senantiasa mendoakan kesejahteraan anda..senantiasa mendoakan yang terbaik untuk anda, senantiasa mengharapkan kejayaan menjadi akan menjadi milik anda...

Dalam kehidupan ini banyak yang perlu kita pelajari. Setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya tersendiri, tak semua yang kita harapkan dan impikan akan menjadi milik kita. Pengalaman demi pengalaman yang kita perolehi dari perjalanan hidup ini seharusnya mampu untuk mematangkan pemikiran kita serta menjadikan kita insan yang lebih sempurna dari yang sebelumnya.

Ya, kita sebagai manusia memang tidak dapat lari dari membuat kesilapan. Jadikanlah kesilapan itu sebagai pengajaran dan berusahalah untuk tidak mengulanginya lagi..Gagal sekali bukan bererti gagal untuk selamanya. Teruskan usaha kerana InsyaAllah dengan izinNya jualah usaha itu pasti akan menunjukkan hasilnya. Gunakanlah peluang yang ada ini sebaik mungkin untuk membuktikan keupayaan anda pada semua.

Lastly, semoga panjang umur, murah rezeki, dipermudahkan segala urusan. Sile belajar dengan bersungguh-sungguh! :)

2 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
" Ya Allah, sebagaimana engkau pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah musyrikin, maka kami memohon kepada mu ya Allah, turunkanlah bantuanmu kali ini kepada orang-orang islam di palestin, hancurkanlah rejim zionis yahudi sedahsyat-dahsyatnya" . Amin