Mari mengimbau kenangan silam..masih ingatkah anda tentang entry saya pasal adik saya Ain operate lepas raya puasa tahun lepas? Kali ini saya nak cerita kawan sewad dia yang boleh kata senior dia dalam penyakit scoliosis ini. Sangat-sangat menyentuh hati saya..
|
sangat comel |
Masa adik saya operate tu, mostly dalam wad spinal tu ialah orang tua-middle age kecuali 3 orang budak ini. Mereka masing-masing mengidap penyakit scoliosis di bahagian yang berbeza. Fatin more to dari bahu ke tulang separuh dari badan, ain dari tulang punggung ke atas sampai kat area jantung rasenye, dan
dayah pulak dari leher ke badan...
Alhamdulillah Ain yang tahun ni form 5 dah pon memulakan sesi persekolahan pada awal tahun ini. takperlu pergi fisio walaupon ain jalan senget lagi..mungkin ambil masa untuk betul-betul tegak..Fatin dengar cerita kene pergi fisio tapi still in good condition, luka semua dah kering..tapi dayah :( sedih sangat..
Diorang ni (fatin n dayah) dah saya anggap macam adik-adik saya. Masa saya jaga ain kat wad haritu, secara tak langsung, sebagai orang yang tak reti diam..haha..saya jadi rapat dengan dayah dan fatin..mereka bertiga pon sangat rapat jugak..still contacting each other walaupon dah keluar dari wad spinal..
Nak dijadikan cerita, selepas kami bergembira di bukit cerakah, saya settlekan hal ckht kat LHDN cheras, balik dari sana terus kami pergi melawat dayah yang masih ditahan diwad spinal..wad tu dah macam rumah kedua dia..selalu sangat keluar masuk.
Dayah ni dah jalani pembedahan untuk kali yang ke-3 rasanya..besar sangat dugaan yang dia tanggung..terpaksa tinggalkan sekolah..masa pembedahan pertama berjaya, tapi taklama lepas tu tetiba dia lumpuh, dah elok dari lumpuh, besi dekat tengkuk dia patah dan operate again..tak cukup dengan tu, luka dia tak sembuh-sembuh..kena pakai braces kat kepala untuk support leher dia... SubhanAllah..tuhan je yang tahu apa yang dia rasa..
|
Dia masih mampu tersenyum |
Tapi saya sangat kagum dengan dayah..takde pon saya nampak dia menangis, masam or bad mood..Die sentiasa tersenyum. Dah la comei.. Tak pasti sama ada senyuman itu untuk menutup kesedihan hati atas dugaan yang dia tanggung atau apa..yang pastinya dia sangat tabah..saya pulak rasa nak nangis tengok keadaan dia yang macam tu..kita yang sihat ni pon kadang-kadang mood swing kan..inikan pula mereka..
|
Melawat dayah kat HUKM |
Sekali lagi saya mohon kepada anda semua untuk mendoakan kesejahteraan adik saya ini..dayah..semoga dayah cepat sembuh dan dapat menjalani kehidupan ini macam orang lain..rasa sebak sangat..tak pasti samada dayah dah balik perak or still ada kat hukm.. tapi walau dimana pon dayah berada kini..insyaAllah..saya akan sentiasa mendoakan agar dia cepat sembuh.
No comments:
Post a Comment