Friday, January 07, 2011

Selamat Ulang Tahun Sayang.....

Entry ini dimulakan dengan berlatar belakangkan lagu 'Selamat Ulang Tahun Sayang' dari Imran Ajmain (korang bayangkan je erk lagu tema tu ada sepanjang entry ni)
Yang tulus ikhlas
Ingin sekali sekala dirinya dibalas
Walau hanya dengan dakapan di angin lalu

Yang selalu memberi
Ingin sekali sekala jadi penerima
Cukup dengan salam dan manis doa

Aku ingin kau merasakan hebatnya cinta
Dan leburkan saja serpihan calar derita

Selamat ulang tahun sayang
Kini kau bersayap, pergilah terbang
Rentaslah langit cita cita mu
Harap nanti kita ‘kan bertemu

Selamat ulang tahun sayang
Janganlah engkau tak terbang pulang
Ku nanti penuh kerinduan
Selamat tinggal, selamat jalan

Aku hanya inginkan engkau setia
Kerana setia yang mencipta bahagiamu

Apa kene mengena lagu ini dalam entry kali ni? Haaa....sebenarnye...hari ini ialah hari yang sangat bermakna dalam hidup saya tau...Sayang yang dimaksudkan dalam lagu diatas ialah ditujukan khas untuk diri sendiri.
Wahahaha...panggil diri sendiri sayang...geli siot~

Okay..motip sebenar ialah saya ingin mengucapkan rasa syukur kehadrat Allah kerana dengan limpah kurnia serta rahmat yang tak terhingga olehNya terhadap saya itulah saya masih mampu bernafas lagi diatas muka bumi ini untuk sekian kalinya...Ya...betullah tu..hari ni hari jadi saya...huahahaha

Jadi..macam lagu selamat ulang tahun sayang tu...saya mohon salam dan manis doa dari kalian untuk kesejahteraan hidup saya...semoga saya dapat mencapai segala yang dicitakan dalam hidup ini untuk dunia dan akhirat kelak..semoga...semoga...ah..banyak pulak semoga...huehehe...

Nak tahu tak hadiah yang saya bagi kat diri sendiri sempena harijadi saya yang sekian kalinya ini....
Ehehe...nak kembang hidung yang sedia kala kembang ni sat~ bangga dengan diri sendiri...hahaha
Ni bukan rumah sbnr saya...credit google image..

Amacam? besar tak hadiah dari saya untuk diri sendiri? Huehehe....ini hasil dari disiplin diri selama 4 tahun bekerja...akhirnya saya berjaya merealisasikan impian untuk memiliki sebuah rumah dengan hasil titik peluh sendiri.. Gambar kat atas tu bukan gambar umah sebenar saya..bile dah make up umah tu cantik-cantik nanti saya show off kat sini..hahaha..gile belagak! walaupon rumah tu kecik je..sesuai dengan tahap kewangan sekarang..tapi saya masih boleh tersenyum gembira :)

Jadi...sempena tahun baru, umur baru, rumah baru dan segalanya baru...azam saya pada tahun ini ialah untuk menjadi orang yang lebih berjaya di dunia dan akhirat.. dan semoga saya lebih berdisiplin dalam menjalani kehidupan harian.. Disiplin dari segi kesihatan, kewangan, kerjaya, keluarga, agama dan semua yang berkaitan dengan diri saya sendiri dan sekeliling saya...hanya dengan disiplin dan istiqamah kita mampu mencapai apa jua yang kita impikan...

Mohon doakan saya dikurniakan kesihatan yang baik, kehidupan yang lebih sempurna disamping orang-orang yang saya sayang, kerjaya yang lebih mencabar minda (eceh..poyo), keimanan yang bertambah-tambah hendaknya..kematangan dalam menjalani kehidupan seharian dan semua yang baik-baiklah..doa dari kalian itu sangat bermakna untuk saya..

Sekian...entry emo+ belagak bile umur dah meningkat tua...huahahahaha...

p/s: birthday lin same dengan penjaga gol harimau malaya tau~ wahaha...baru tau semalam...
happy birthday ye Khairul Fahmi Che Mat @ Apex..

2 comments:

  1. HAPPY BIRTHDAY TO YOUUUUUU...!!!!!!!! walaweh...ada header baru...nak jugak..nak jugak..

    ReplyDelete
  2. Dari semalam gigih nak masuk wish pada Lynn tapi sampai petang barulah sempat singgah. Sorri Lynn. yang penting belum belated :D

    Selamat Hari Lahir my geng Blog, Cadlynn! semoga tahun ini dan tahun-tahun seterusnya memberi lebih kebahagiaan buat Lynn. Moga panjang usia, murah rezeki dan diberkati Allah dunia dan akhirat, insya'allah. amin...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
" Ya Allah, sebagaimana engkau pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah musyrikin, maka kami memohon kepada mu ya Allah, turunkanlah bantuanmu kali ini kepada orang-orang islam di palestin, hancurkanlah rejim zionis yahudi sedahsyat-dahsyatnya" . Amin