Tuesday, January 11, 2011

Sejukkknyeee.....

Semua orang duk cerita pasal AJL n game MU vs Liverpool semalam~ tapi saya nak cerita benda lain boleh? haha...sebelum tu..congrats to Ana Rafali, Black n MUH, Hafiz dan Faizal Tahir dan juga MU~ CONGRATS~

Pernah pergi negara yang 4 musim tu? saya blom ada rezeki lagi nak terbang tinggi-tinggi setinggi itu..InsyaAllah kalau diberi kelapangan, duit lebih sikit, masa lebih sikit teringin gak nak pergi negara omputih ni...masa belajar tak layak nak study kat universiti luar negara..eh, tak try mohon pon sebenarnye..haha..

Jadi...sebab tak mampu lagi nak terbang setinggi langit untuk ke negara 4 musim...saya membawa hati yang lara ini ke rumah 4 musim sudah~ hahaha...dokek jo...kat shah alam tu ha...Dulu nama dia Bukit Cerakah..sekarang dah tukar jadi Taman Cahaya Seri Alam kalau tak salah...

Macam-macam ada kat sini tapi untuk entry kali ni saya nak fokuskan pada rumah 4 musim... Sekarang ni tengah musim sejuk...maka berduyun-duyunlah orang Malaysia yang teringin nak rasa kesejukan luar biasa tanpa guna aircond itu datang kesini termasuklah saya..haha..

First time datang masa musim sejuk ni dengan akak, ain, jiyah dan qihah tapi malangnya masa tu renovation still in progress..still boleh masuk, free lagi tapi kat luar laluan tu je la...tapi still sejuk woo..



Cuti sekolah haritu..bawak adik-adik pulak pi sana...saya dah pesan awal-awal kat diorang..'kite nak pi tempat salji ni. standby baju tebal sikit...' tapi malangnye mereka tak percaya cakap saya...yelah! Malaysia mana ade salji..ekeke..hasilnye..tengok kat bawah~


mEmula relax je

Ain dah start gigil

Peace no war~

Serabut dah selendang time ni

semua dok berebut selendangku~

Sejuk woo

Ada je yg nak nyelit

Mr. Snowman~

Ain selubung dah~

keluarga snowman~

Sakan bergambar~

tak reti duk diam dah diorg..sejuk sgt~

tengok ~ tangan pikah dah ilang masuk dalam

drama~ rebutkan selendang

tengokla ada entiti ditepi saya

gigil~

ajib dah tak tahan

:)
Lain kali jangan degil kate orang tua...pakai baju tebal sikit..hahahahaha...saya gak yang maintain jek sebab almost all the time selendang tu dengan saya..yeay!

3 comments:

  1. Nasib baik tak pakai T Shirt masuk kat dalam tu...

    Payung LED

    ReplyDelete
  2. adik2 saya slambe je pakai tshirt...tapi beku la..

    ReplyDelete
  3. Hahah...good experience tho. Semoga suatu hari nanti awak akan dapat merasa salji yang sebenar..Aminnnnn.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
" Ya Allah, sebagaimana engkau pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah musyrikin, maka kami memohon kepada mu ya Allah, turunkanlah bantuanmu kali ini kepada orang-orang islam di palestin, hancurkanlah rejim zionis yahudi sedahsyat-dahsyatnya" . Amin