Friday, December 03, 2010

Oasis 9 di Seksyen 9

Sabtu last week, before pergi kenduri Fadlan n Kakpah, kami (saya, Kakmas, Jiyah n Qihah) pergi ke klinik adik kat seksyen 9 dulu.. nak check Jiyah..last week Jiyah seminggu amek gas sebab semput.. jadi before diorang nak balik Perak this week, akak nak make sure yang Jiyah dah fully recover dulu..

Disebabkan akak saya ni sangatlah bagus, walaupon dia dah call untuk booked saya jadi driver pada hari khamis lagi, akan tetapi dia tidak membuat appoinment pon dengan klinik adik tu.. sampai je kat klinik, tengok ada tulis registration closed..aiyok..macammane ni..kakak saya mencuba helah dengan try call dari luar klinik..fuhhh! nasib baik diorg bagi jugak jumpe doktor..tapi kene tunggulah sebab ramai sangat..diorang suruh datang balik pukul 12.30tghhari. Masa tu baru pukul 11pagi.. aiyok! nak buat ape~

Jiyah n Qihah main dalam klinik adik

Keluar dari klinik adik, dengar bising-bising opposite klinik tu..hurmm ada apa tu ye..kitorg pon pergilah tengok..ouh..rupenye ada perasmian Oasis 9 (bangunan baru) yang dekat dengan Plaza Masalam tu..

Ada la beberapa aktiviti sempena hari perasmian Oasis 9 ni antaranya ialah ada persembahan gamelan, pertandingan karaoke dan FREE popcorn, gula-gula kapas dan lunch secara percuma dari pukul 12.30 ke 2 pm di restaurant Zam Zam.


Jadi sementara nak tunggu pukul 12.30 nak jumpe doktor..kami pergilah menghabiskan masa kat sana..
Jiyah nampak belon..so pergilah mengadap clown tu..mintak belon untuk Jiyah. Siap bergambar lagi..Peace~
Akak sempat shopping baju anak-anak dia kat sana. Jiyah dan Qihah masing-masing dapat 1 baju.
Pi amek popcorn dan gula-gula kapas free..clown tu cakap..nak mintak kene cakap password. Then saya tanyalah ape passwordnya? Pastu clown ckp 'Password die I LOVE U' .  Hahaha..saya turutkan saje dengan menyebut password itu kepada orang yang jaga popcorn n gula2 kapas tu.



KakJiyah nak main lompat-lompat dulu...bagi die main sampai puas..ramai budak-budak duk melompat-lompat kat situ..syok pulak tengok~ macam nak join melompat jugak je..hahaha..nasib baik saya sedar saya dah besar ye..kalau tak mahu saya pon turut sama melompat bagai nak rak..haha..qihah tak leh main lagi..dir duk tepi je gelak-gelak tengok kakak die duk lompat-jatuh-lompat.


Dah puas main, baru pukul 11.45~ aiyok..ape nak buat lagi ni..saya ajak akak tunggu kat klinik je..Tak lama pastu doktor panggil, settle check up jiyah. Alhamdulillah jiyah dah hampir fully recover. Borak-borak dengan doktor, Doktor kate owner restaurant Zam zam tu orang syria, semua kerusi meja n perhiasan dalam kedai tu pon owner tu angkut dari syria..

tak ingt sape yg rasmikan..huhu
Keluar dari klinik adik, terus pegi ke Restoran Zam Zam untuk cube hidangan percuma yang disajikan.hehe..Punyelah ramai yang beratur. Makanan pon cepat habis..tapi memang sedap~ nasi die cukup dan terasa rempah ratusnya, kambing die lembut sangat. Tak tahulah kalau datang makan kat sini berapa kene bayar..Haha..niat dihati nak tambah lagi walaupon tahu nak pergi ke kenduri fadlan n kakpah pulak pastu..tapi tak jadi sebab teramatla ramai yang beratur..hoho.. jadi pasrah je lah..hehe..


Kat bawah ni perabot dalam kedai tu..cantik kan?




2 comments:

  1. ahah...ni la kot yang aku ternampak waktu lalu sek 9...tapi tak singgah pon..besar gila kedai nyer..

    ReplyDelete
  2. @ mizzura: mungkin..die kt sblh tepi plaza masalam tu..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
" Ya Allah, sebagaimana engkau pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah musyrikin, maka kami memohon kepada mu ya Allah, turunkanlah bantuanmu kali ini kepada orang-orang islam di palestin, hancurkanlah rejim zionis yahudi sedahsyat-dahsyatnya" . Amin