Ala..rasanya ramai yang dah tahu rasanya pasal ni. Cuma saya je yang baru nak cube perkhidmatan MyEG ni..sebab dah kelam kabut..huehehe..
Selalunya, bile abes je bulan Nov saya akan terus renew insurans n roadtax kete saya tanpa berlengah supaya nanti tak kelam kabut. Tapi tak tahu kenapa, tahun ni saya lengahkan keje ini sampailah satu tahap saya dah cuak takut tak sempat..haha
Lepas tu..saya teringat my officemate si NR pernah cakap..senanglah pakai MyEG ni..blablabla..eceh..time die membebel tu tak amek port pon..sebab tak kisah..pastu baru nak terhegeh-hegeh tanya dia macammane nak buat ek..haha..
Lepas sign up. Dah explore dah kat MyEG tu..tapi still tak reti nak isi form tu..ada certain yang saya tak paham. Kebetulan kat atas form tu ada tulis, if kita perlukan bantuan, just sent them our details..nanti diorang call kite balik..
Tapi, nak dijadikan cerita, lama gak saya tunggu diorang call saya..dalam setengah jam, dengan tak sabarnye saya pon call lah mereka sendiri di talian 03-78018888. Bila dah disambungkan ke khidmat pelanggan mereka..ok..bagi details pasal kereta, harga nak insurredkan kereta tu, berapa kadar NCD before ni, blablablah..orang tu kate dia akan emailkan quotation dalam masa 20minit..
20minit, 23minit, 25minit..telefon office berdering..Call dari MyEG..pastu repeat balik macam kat atas..tapi lebih baguslah sebab ada bagi saya option, contohnya berapa harga saya nak inssuredkan, option harga untuk windscreen protection dan lain-lain. Lepas 5 minit saya dapat quotation dari dia dan proceed dengan pembayaran.
Settle sume tu, saya pi lunch. Otw ke kedai makan, MyEG call tanya macammane quotation dia..Erk? tapi saya dah bayar pon..rupenye yang call ni yang 1st person.. pada saya, sebagai customer saya tak kisah dengan sapa saya berurusan janji settle..jadi saya mintak maaf dengan caller tu.
Hari Selasa saya submit, Rabu saya dah dapat roadtax saya right infront of the office door..haha..senangkan? cume dengan click3 dan cakap thru phone. Tak payah lagi saya susah-susah nak pergi kat agent untuk renew insurans dan pergi ke Post Office untuk renew roadtax..
Thanks MyEG kerana memudahkan urusan saya! Mekasih~
No comments:
Post a Comment