Friday, December 10, 2010

Happy Anniversary to ME!!!!!

Happy Anniversary ada lagu rasmi ke? heehe..Kalau ada boleh tepek kat sini~

3 Tahun yang lalu..pada hari inilah saya start kerja dengan dengan majikan saya yang sekarang ni.. Ini tempat kedua saya mencari rezeki sambil bermain..haha.maksudnye bekerja sambil belajar benda baru.. biasalah kan..process blajar ni takkan penah abes sampai kita menutup kedua belah mata kita..

Rasa macam baru je lagi masuk keje kat sini..tup2 rupenye dah masuk 3rd year..cepatnya masa berlalu..masa saya masuk keje dulu..2007..saya masih  lagi kanak-kanak riang..dan sekarang saya masih lagi begitu..haha..adekah itu bermakna saya tak improve langsung diri saya? NO NO NO.. mestilah ada improvement, terutamanya bab menjawab dengan senior..wakaka..ampun~

Kat opis tu kami ada macam tradition, waktu birthday, anniversary, gaji pertama, bonus time..kami akan bergilir-gilir belanja sesama sendiri. Orang yang menyambut akan membelanja yang lain. Hahaha..pelikkan? biasanya yang menyambut itu yang akan diraikan tapi kami lain~

Untuk anniversary on Dec ni ada 4 orang yang menyambutnya, tapi sorang lagi takde kat opis untuk join sebab pi site kat Labuan. Huahaha...nasib baik ramai masuk keje bulan Dec ni..hehe..save sikit duit.. Celebration telah pon dibuat pada hari Isnin lepas 6th Dec sebab susah nak kumpul ramai-ramai.Ada je yang takde..kejap sorang ni pi site, sat lagi sorang lagi pi shop, tak lama lagi bos nak bercuti sebulan..YAHOOO!!

Jadi kami proceed celebration dengan beli Dominos belambak-lambak..haha..jom tengok gambar la ek..

5 orang ada 5 pizza..sorang satu..haha
time ni bos marah sbb sibuk nk bergambar..dia dah lapa
sungguh kusyuk mereka makan
tengok mizzura tu..sempat senyum lagi..haha

okay..balance ni simpan dalam peti sejuk..kul 3 sambung balik~
*Happy 3rd year Anniversary to me*semoga saya lebih komited kepada kerja*semoga saya diberi peluang untuk belajar banyak lagi benda baru*semoga kami dilimpahi dengan rezeki halal yang melimpah ruah*semoga saya gembira*

2 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
" Ya Allah, sebagaimana engkau pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah musyrikin, maka kami memohon kepada mu ya Allah, turunkanlah bantuanmu kali ini kepada orang-orang islam di palestin, hancurkanlah rejim zionis yahudi sedahsyat-dahsyatnya" . Amin