Salam Maal Hijrah 1432H untuk semua umat Islam di seluruh pelusuk dunia ini..Seperti yang kita sedia maklum, hari baru dalam islam bermula pada masuknya waktu maghrib. Jadi dengan masuknya waktu maghrib pada hari ini, bermula tahun baru dalam kalendar islam.
credit to journeytoinnerself
Saya dah sediakan/print doa awal dan akhir tahun ni untuk dibaca bila sampai waktunya..credit to Rahman yang forwardkan email pasal doa itu. Mekasih~ jasamu dikenang..hehe..tapi walaupon saya dah sediakan doakan itu untuk dibaca, tadi balik dari opis lambat sikit..nearly to maghrib baru sampai rumah..jadi doa awal dan akhir tahun saya baca sambil bawak kereta..ouh..actually saya aminkan sambil bawak kereta..selalunya saya tune to Hotfm masa bawak kereta, kadang-kadang tukarla channel lain.. tapi tadi purposely tukar to channel 87.60fm untuk dengar dan aminkan doa awal dan akhir tahun itu. Thanks kepada channel radio itu juga kerana menyiarkan doa secara terus menerus untuk dari masjid. Sekurang-kurangnya dapat kami mengaminkannya bersama-sama.
Kalau cakap pasal awal muharam ni~ satu yang terus bermain dipikiran saya ialah..lagu awal muharam tu..lagu tu mengingatkan saya peristiwa disebalik sambutan awal muharam ni..jom~ kita imbas kembali peristiwa yang bersejarah itu dengan memahami bait-bait lirik dibawah~
Satu Muharram Detik Permulaan
Perkiraan Tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan Umat Islam
Dari Kota Makkah ke Kota Madinah
Atas Keyakinan dan Iman Yang Teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar Bersatu
Rela Berkorban Harta dan Nyawa
Demi Menegakkan Islam Tercinta
Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan
Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan
Oleh Itu Mari Semua
Kita Sambut Maal Hijrah
Tingkatkan Semangat Tegakkan Syiar Islam
Untuk Sepanjang Zaman
Lagu ni memang mengingatkan pada nostalgia zaman persekolahan..haha..nostalgia tu..almost 9years dah tinggalkan zaman sekolah..dulu bila maal hijrah je macam wajibkan buat perarakan kat sekolah sambil selawat ke atas Nabi Muhammad s.w.t beramai-ramai.. Masa tu selalu pikir apelah faedahnya berarak ni..macam dapat penat adalah~ tapi sebenarnya banyak yang boleh kita perolehi dengan aktiviti macamtu..contohnya sebelum mula perarakan biasanya setiap kelas kene buat banner..so kat situ boleh pupuk semangat bekerjasama. Lepas tu, ramai-ramai berhimpun untuk sama-sama menyambut maal hijrah. InsyaAllah sedikit sebanyak perpaduan dapat dicapai dengan cara ini..kesepakatan dalam menjayakan sesuatu program/aktiviti itu menunjukkan perpaduan kita sebagai umat islam itu sendiri dan banyak lagi nilai-nilai murni yang lain.
Gabungan class B2 & C1 maresma qtan batch 00-01 |
Jadi, sempena sambutan maal hijrah ni, selain kita saling mengucapkan 'Salam Maal Hijrah' sesama kita samaada secara lisan, di wall fb masing-masing, shout di twitter dan juga buat entry macam saya ni, marilah kita sama-sama berhijrah dari pelbagai segi dalam kehidupan kita. Perbaiki setiap kelemahan yang ada dan mempertingkatkan lagi keupayaan dan kemahiran yang ada.
Macam yang biasa kita buat bila sambut tahun baru, biasanya kita letak azam baru kan? Boleh apply jugak disini supaya azam dan impian itu akan drive kita ke arah kehidupan yang lebih bermakna di dunia dan akhirat kelak~ InsyaAllah..
No comments:
Post a Comment